‘Tolong henti beri sumbangan, duit dah cukup’

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 1:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Tolong henti beri sumbangan, duit dah cukup’

SEBERANG PERAI – “Tolonglah henti sumbang, duit dah cukup. Jangan masukkan lagi dalam akaun saya.”

Demikian rayuan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh kepada orang ramai supaya menghentikan sumbangan wang bagi membantu beliau membayar ganti rugi serta kos keseluruhan RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok selepas kalah dalam saman fitnah sebelum ini.

“Untuk makluman, pagi tadi saya ‘check’, hampir cecah RM185,000 sudah kutipan itu. Orang ramai masih lagi menyumbang.

“Saya minta tolong kepada orang ramai dan saya minta jangan masukkan lagi duit dalam akaun saya. Sebab duit itu memang saya tak guna dan akan diberikan semula kepada mereka yang memerlukan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, tadi.

Menurutnya, beliau sebelum ini mengambil keputusan untuk menjual dua aset yang dimiliki iaitu sebuah motosikal jenis Honda X-ADV dan ikan tilapia selepas mendapati wang simpanan sebelum ini tidak mencukupi.

“Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan bantuan orang ramai, motosikal dan ikan tilapia saya berjaya dijual pada harga RM180,000.

“Campur dengan wang simpanan saya dan keluarga, jumlah itu sudah mencukupi untuk membayar saman berkenaan,” ujarnya sebelum ini beliau memaklumkan menerima sumbangan kira-kira RM173,000.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhamad Akmal berkata, beliau sudah berbincang dengan barisan peguamnya berhubung keputusan sama ada mahu memfailkan rayuan berhubung kes saman berkenaan atau sebaliknya.

Tambahan, keputusan berhubung perkara itu dijangka dimaklumkan dalam tempoh sehari dua lagi.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Melaka memerintahkan Akmal membayar keseluruhan RM300,000 kepada Teresa berhubung saman fitnah yang difailkan pada 2024. Jumlah tersebut merangkumi RM250,000 ganti rugi dan RM50,000 kos mahkamah. -KOSMO! ONLINE

The post ‘Tolong henti beri sumbangan, duit dah cukup’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved