Tong dipercayai berisi rangka manusia ditemukan berhampiran kolam takungan

13 Sep 2026 • 9:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tong dipercayai berisi rangka manusia ditemukan berhampiran kolam takungan

ALOR GAJAH, 13 SEPT: Sebuah tong dipercayai berisi rangka manusia ditemukan di kawasan cerun berhampiran Kolam Takungan Air Machap, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar berkata tong berwarna biru berkenaan ditemukan tiga individu berusia 25 hingga 35 tahun ketika memancing di kolam takungan tersebut kira-kira 11.40 pagi.

“Curiga dengan penemuan tong tersebut, kumpulan pemancing berkenaan memotong sedikit bahagian atas tong berkenaan sebelum menemukan tulang yang disimen di dalam tong tersebut.

“Kumpulan pemancing tersebut kemudiannya membuat laporan polis dan pihak kami tiba di lokasi kira-kira 12 tengah hari,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Ahmad berkata siasatan awal mendapati rangka berkenaan telah mereput dan dianggarkan sudah melebihi tiga minggu.

Beliau berkata pihaknya kemudian memohon bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka untuk mengangkat tong berkenaan yang berada di dalam cerun di pinggir jalan tersebut.

“Rangka tersebut dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengenal pasti jantina serta identiti mangsa tersebut.

“Saya memohon jika ada pihak yang kehilangan anggota keluarga agar tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Ahmad berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menyalurkan kepada balai polis terdekat.

-- BERNAMA

TAG: polis, tong, rangka, Ahmad Abu Bakar, cerun, pemancing

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved