Touch ‘n Go Lancar Insurans ParkInsure Untuk Kawasan Tempat Letak Kereta

TechnologyDigitalCars
23 Aug 2023 • 2:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Touch ‘n Go telah melancarkan pelan insurans ParkInsure untuk sebarang insiden yang berlaku ketika kenderaan diletakkan di tempat letak kereta. Menerusi Parkinsure, pelanggan boleh menerima pampasan sehingga RM70,000 untuk kecacatan kekal atau kematian jika terlibat dalam kemalangan di tempat letak kereta.

image is not available

Mereka juga boleh menerima pampasan RM1500 jika menjadi mangsa ragut dan berlaku kes kecurian pada kenderaan juga di tempat letak kereta. ParkInsure boleh dilanggan pada harga RM5 sebulan menerusi hub GOprotect, dalam aplikasi Touch ‘n Go.

Bayaran pampasan ini akan diberikan sekiranya kenderaan diletakkan di 1350 tempat letak kereta yang menerima pembayaran menggunakan Touch ‘n Go. Pelanggan boleh memilih untuk membeli insurans takaful Zurich General Takaful Malaysia Berhad atau insurans konvensional Allianz Malaysia Berhad.