Trafik Daripada Bot Akan Mengatasi Manusia Menjelang 2027

Technology
22 Mar 2026 • 10:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Trafik daripada bot akan mengatasi trafik daripada manusia menjelang 2027 menurut CEO Cloudflare, Matthew Prince dalam temubual di SXSW minggu ini. Menurut beliau, pertumbuhan pesat AI generatif menyebabkan bot melawat jauh lebih banyak laman web berbanding manusia.

image is not available

Manusia mungkin melawat 5 laman untuk membeli kamera, tetapi agen AI boleh melawat sehingga 5,000 laman untuk menjawab satu pertanyaan pengguna. Sebelum era AI generatif, bot hanya menyumbang 20% trafik di internet. Situasi ini akan menjadi semakin serius dengan penggunaan robot.txt oleh pelbagai laman untuk mengelakkan kandungan diambil AI tidak diendahkan.

Tahun lalu Wikipedia melaporkan 65% penggunaan trafik tinggi di laman mereka adalah daripada bot yang mencuri data laman untuk melatih kecerdasan buatan (AI). Lebih merisaukan penggunaan trafik ini adalah luar biasa walaupun hanya 35% pelawat laman adalah bot. Ia mendatangkan beban kepada pelayar web sehingga pengguna biasa tidak dapat mengakses laman apabila diperlukan.