Trafik KL – Karak sesak menghala Plaza Tol Gombak

6 Sep 2026 • 2:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Trafik KL – Karak sesak menghala Plaza Tol Gombak

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan meningkat dan bergerak perlahan menghala ke Plaza Tol Gombak, tengah hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laporan trafik terkini memaklumkan, kesesakan berlaku di arah barat melibatkan laluan dari Hentian Sebelah Gombak menuju ke Plaza Tol Gombak.

Selain itu, trafik turut bergerak perlahan dari Bentong menuju ke Lentang bagi arah sama setakat pukul 1.27 tengah hari.

Ia susulan pergerakan orang ramai dipercayai mula pulang memasuki ibu kota selepas berakhirnya cuti persekolahan Penggal 2 bagi negeri Kumpulan B hari ini.

Dalam pada itu, beberapa lebuh raya utama lain di seluruh negara turut merekodkan peningkatan trafik dan pergerakan perlahan ketika ini.

Di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, trafik perlahan dikesan dari Seberang Jaya ke Juru serta Gopeng ke Tapah, manakala arah utara pula, kesesakan berlaku dari Kulai ke Sedenak, Hentian Sebelah Senawang ke Port Dickson (Utara) serta selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar raya.

Di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) E6, trafik arah utara dilaporkan perlahan dari Putrajaya ke Bandar Saujana Putra.

Keadaan sama turut berlaku di Lebuh Raya Damansara – Puchong (LDP) E11 arah utara melibatkan Puchong Utama ke Puchong Intan, Taman Perindustrian Puchong ke IOI Puchong dan Taman Megah ke Damansara Utama.

Bagi arah selatan LDP pula, trafik perlahan direkodkan dari Bandar Utama menuju ke Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

Antara laluan lain yang turut sesak adalah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Cheras-Kajang (Grand Saga), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK). – KOSMO! ONLINE

The post Trafik KL – Karak sesak menghala Plaza Tol Gombak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved