![Image from: [VIDEO] Lori melintang tutup laluan Genting Sempah ke Gombak](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-04-at-18.24.56-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – Sebuah lori dilaporkan melintang dan menghalang semua lorong di Kilometer (KM) 31.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak arah barat dari Genting Sempah ke Gombak petang ini.
Menurut maklumat dikongsikan pengguna media sosial, kemalangan dilaporkan berlaku sekitar pukul 5.45 petang tadi.
Menerusi kemas kini trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebook setakat pkul 6.04 petang, semua lorong di lokasi berkenaan dilaporkan terhalang susulan kemalangan itu.
Sementara itu, pengguna Threads @syhdso menerusi perkongsian sebentar tadi memaklumkan pengguna jalan raya yang menghala ke Kuala Lumpur dinasihatkan menggunakan laluan alternatif buat sementara waktu.
“Lori melintang di tempat tumpahan minyak baru ini selepas terowong Genting Sempah.
“Jalan masih licin kerana minyak. Hati-hati memandu dan menunggang,” katanya.
Semalam Kosmo! terhadap beberapa video perkongsian pengguna media sosial, ramai yang terperangkap dalam kesesakan menuju ke pusat bandar bermula selepas terowong Genting Sempah.
“Kemalangan di laluan selepas terowong Genting Sempah menuju Tol Gombak. Hati hati kawan-kawan yang memandu. Bertabahlah yang hendak menuju ke Kuala Lumpur. Semoga dipermudahkan dan selamat sampai,” kata Nik Muhammad Aiman.
“Berapa lama pula hari ini sangkut jem (kesesakan) Genting Sempah ke Gombak,” kata Flexie. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Lori melintang tutup laluan Genting Sempah ke Gombak appeared first on Kosmo Digital.

![[KEMASKINI] Semua lorong KLK dibuka, trafik hala KL masih sesak](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-02-at-19.59.48-e1788350623606-1024x591.jpeg)

![[VIDEO] Lagi kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik perlahan kedua-dua arah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-02-at-1.44.22-PM-1024x705.jpeg)


