
PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berdepan kesesakan selepas berlaku kegagalan fungsi di empat plaza tol lebuh raya berkenaan, tengah hari ini.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan gangguan itu berlaku di Plaza Tol Puchong Selatan, Plaza Tol Puchong Barat, Plaza Tol Penchala dan Plaza Tol PJS.
Menurut kenyataan LLM, semua lorong di plaza tol terbabit mengalami gangguan di kedua-dua arah.
“Susulan berlakunya kegagalan fungsi di Plaza Tol Puchong Selatan, Plaza Tol Puchong Barat, Plaza Tol Penchala dan Plaza Tol PJS di kedua-dua arah.
“Semua lorong terganggu ketika ini dan trafik sesak,” tulis kenyataan tersebut sebentar tadi.
LLM berkata, kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan bagi memulihkan sistem berkenaan.
“Segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya.- KOSMO! ONLINE.
The post Gangguan sistem, empat plaza tol di LDP terjejas appeared first on Kosmo Digital.


![[VIDEO] Lori melintang tutup laluan Genting Sempah ke Gombak](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-04-at-18.24.56-1024x768.jpeg)



![[KEMASKINI] Semua lorong KLK dibuka, trafik hala KL masih sesak](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-02-at-19.59.48-e1788350623606-1024x591.jpeg)