Trafik menuju ibu kota, Johor Bahru sesak malam ini

5 Sep 2026 • 11:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Trafik menuju ibu kota, Johor Bahru sesak malam ini

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama malam ini mengalami kesesakan ekoran perantau mula bergerak pulang ke tempat kerja masing-masing selepas cuti persekolahan menghampiri penghujungnya.

Berdasarkan perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Ayaiarshad berkata, berlaku kesesakan trafik menuju ke Johor Bharu.

Jelasnya, kesesakan itu melibatkan kawasan sekitar Simpang Renggam dan Sedenak.

“Rabak betul jem malam ni. Simpang Renggam ada kemalangan lori dengan lori. Sedenak pon kemalangan jugak. Moga Allah mudahkan urusan kita semua,” tulisnya.

Sementara itu, berdasarkan perkongsian oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik turut dilaporkan meningkat dan perlahan di beberapa lokasi malam ini.

Di Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, perlahan dari Permatang Pauh ke Perai arah selatan, Ipoh ke Terowong Menora arah utara ekoran terdapat kemalangan.

“Trafik turut sesak dari Machap ke Simpang Renggam. Lorong kiri dan lorong kecemasan terhalang. Hentian Sebelah Simpang Renggam ke Sedenak,”kongsi LLM.

Menurut LLM, di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) pula, trafik dilaporkan sesak menuju ke ibu kota.

“Trafik sesak dan perlahan dari Hentian Sebelah Gombak ke Plaza Tol Gombak,” ujar LLM. -KOSMO ONLINE

The post Trafik menuju ibu kota, Johor Bahru sesak malam ini appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved