Trafik Sesak Di KL-Karak, Lori Terbakar Dan Kemalangan Ganggu Perjalanan!

LocalCars
25 Jan 2025 • 3:59 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Trafik

Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan semakin sesak berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti sekolah dan sambutan Tahun Baharu Cina. 

Menurut laporan Kosmo, keadaan bertambah buruk apabila berlaku kejadian lori terbakar di Kilometer 30.3 arah timur (EB).

Trafik perlahan dari Tol Gombak

image is not available

Trafik dikatakan perlahan sepanjang 10.5 kilometer dari Tol Gombak hingga ke lokasi kejadian. Lorong kiri dan lorong kecemasan masih ditutup, sementara kerja-kerja pengalihan sedang dijalankan.

Trafik turut sesak di beberapa lokasi lain:

  • KM38.4 hingga KM41.7 (Genting Sempah ke Bukit Tinggi) sepanjang 3.3 kilometer.
  • KM43.6 hingga KM49.0 (Bukit Tinggi) sepanjang 5.4 kilometer.

Kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan

image is not available

Sementara itu, dua kemalangan turut dilaporkan di Lebuh Raya Utara-Selatan yang menyebabkan trafik perlahan:

  1. KM151.5 arah Utara: Dari Bukit Tambun (U) ke Juru. Trafik terkawal dan tiada lorong terhalang.
  2. KM213.1 arah Utara: Dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat. Lorong kiri terhalang, namun trafik masih lancar.

#OhmediaNasihat

Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa merancang perjalanan dan memantau keadaan trafik semasa. Sentiasa berhati-hati, patuhi had laju, dan pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan jauh.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


The post

appeared first on

.