Trafik sesak menuju Lembah Klang, warga kota pulang selepas Deepavali

9 Nov 2026 • 3:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Trafik sesak menuju Lembah Klang, warga kota pulang selepas Deepavali

KUALA LUMPUR, 9 NOV: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang sesak setakat 3 petang ini, disebabkan warga kota mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti perayaan Deepavali.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, pergerakan kenderaan perlahan dikesan dari Sungai Petani Selatan ke Bertam, Sungai Dua ke Juru Autocity, Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Simpang Pulai ke Gopeng serta Gopeng ke Bidor.

“Bagi laluan arah selatan pula, kesesakan berlaku dari Kulai ke Simpang Renggam, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Port Dickson, Bandar Ainsdale ke Nilai Utara, Southville City ke Kajang dan Sungai Besi menuju ke pusat bandar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, pergerakan kenderaan dari arah Pantai Timur ke ibu negara turut sesak melibatkan laluan dari Lanchang ke Plaza Tol Karak, Bentong ke Lentang serta Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Beliau menasihatkan pengguna supaya memandu secara berhemah berikutan hujan lebat di beberapa lokasi, yang turut menyumbang kepada kelembapan aliran trafik.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol LLM menerusi talian 1800-88-7752.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved