Tragedi awal pagi: Jeritan bapa selamatkan dua beradik

15 Aug 2026 • 2:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tragedi awal pagi: Jeritan bapa selamatkan dua beradik
Putra Aliff Haiqal bersama adiknya, Mohamad Putra Haikal terselamat dalam kebakaran dua rumah yang meragut nyawa 3 ahli keluarganya dalam kejadian di Desa Mawar 2, Muadzam Shah awal pagi Sabtu.
Image from: Tragedi awal pagi: Jeritan bapa selamatkan dua beradik
Keadaan rumah yang terbakar dalam kejadian di Desa Mawar 2, Muadzam Shah pada awal pagi Sabtu

ROMPIN - "Saya terjaga selepas dengar suara ayah jerit minta selamatkan adik. Terkejut bila nampak api, lalu kami yang ketika itu tidur di ruang tamu segera berlari keluar selamatkan diri.

"Selepas selamatkan adik, saya cuma masuk untuk selamatkan mak dan seorang lagi adik yang berada dalam bilik, tapi dah terlambat, api sudah terlalu marak," demikian kata Putra Aliff Haiqal Mohd Kahurolaizam,16.

Dia dan adiknya, Mohamad Putra Haikal,10, terselamat dalam kebakaran dua rumah yang meragut nyawa tiga ahli keluarganya dalam kejadian di Desa Mawar 2, Muadzam Shah di sini pada awal pagi Sabtu.

**media[3615820]**

Lebih memilukan, ibu, Siti Zaleha Aluha, 31, dan adik lelaki mereka, Muhamad Putra Rayqal, 4, ditemui rentung selepas terperangkap dalam bilik yang hangus terbakar.

Ayah mereka, Mohd Kahurolaizam Mokhtar, 42, yang melecur sempat keluar namun ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang di hadapan rumah sebelum disahkan meninggal dunia.

Remaja yang tidak bersekolah itu memberitahu, semasa cuba keluar selamatkan diri, dia sempat melihat ibunya memeluk adik dalam bilik sambil berpelukan bertutup selimut.

"Ayah cuba selamat mereka namun gagal sebelum dia tendang papan dinding menyelamatkan diri.

"Saya ingat dia (ayah) selamat tapi jiran ditemuinya melecur dan tidak sedarkan diri dalam longkang sebelum meninggal dunia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi awal pagi: Identiti tiga beranak maut dikenal pasti - Polis

Isteri, anak rentung dalam bilik, suami ditemui maut dalam longkang

Tragedi awal pagi, tiga sekeluarga maut

Ceritanya lagi, mereka sekeluarga baru berpindah ke rumah sewa itu kira-kira seminggu lalu.

"Malam tadi kami sempat makan malam bersama berlaukkan ketam masak lemak. Rupanya itulah makan malam kami bersama yang terakhir," katanya yang kini menumpang di rumah keluarga di kawasan berdekatan.

Tragedi meragut nyawa tiga beranak itu dilaporkan jam 4.17 pagi melibatkan dua rumah separuh kekal dengan 11 mangsa terlibat bagaimanapun lapan daripadanya selamat.

Jenazah semua mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, jiran mangsa, Mohd Zakri Ahmad Kamal, 57, memberitahu dia segera menghubungi bomba selepas menyedari kebakaran tersebut.

Katanya, dia terdengar orang minta tolong dan nampak api marak dari rumah terbabit.

"Api marak begitu cepat, saya tak sempat nak tolong mereka.

"Kami hanya mampu melihat sementara tunggu bomba tiba," katanya yang agak terkilan kerana gagal membantu keluarga jiran baharunya itu.

Penyewa sebuah lagi rumah yang turut terbakar, Ahmad Fauzi Ismail, 35, berkata, ketika kejadian dia berada di tempat kerja semasa kebakaran berlaku.

Dia yang bekerja di sebuah kedai makan hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi isteri.

"Saya terus balik dan tengok rumah kami pun terlibat. Syukurlah, isteri dan anak-anak terselamat," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved