Tragedi awal pagi: Lelaki maut, seorang lagi parah

17 Oct 2026 • 9:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tragedi awal pagi: Lelaki maut, seorang lagi parah
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas kenderaan yang dinaiki terlibat kemalangan dan terbakar dalam kejadian di kawasan bulatan Jalan Bundusun, di sini pada awal pagi Sabtu.
Image from: Tragedi awal pagi: Lelaki maut, seorang lagi parah
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu berusia 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi manalala seorang lagi juga berusia 20-an dilaporkan tidak sedarkan diri.

PENAMPANG - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas kenderaan yang dinaiki terlibat kemalangan dan terbakar dalam kejadian di kawasan bulatan Jalan Bundusun, di sini pada awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu berusia 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi manalala seorang lagi juga berusia 20-an dilaporkan tidak sedarkan diri.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.21 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh empat kilometer dari BBP Penampang.

**media[3680662]**

"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Persona yang terbabas sendiri lalu terbakar.

"Terdapat dua mangsa terlibat dan pasukan bomba segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan penyelamatan," katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, pada jam 4.40 pagi operasi terkawal apabila kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan.

"Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Manakala seorang mangsa tidak sedarkan diri dipercayai dalam keadaan kritikal dan telah diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)

dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 4.46 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved