Tragedi Pantai Tanjung Lompat: Mangsa terakhir ditemukan

5 Sep 2026 • 6:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tragedi Pantai Tanjung Lompat: Mangsa terakhir ditemukan
Sharizal menunjukkan gambar anak saudaranya, Muhammad Haiman Fitri.
Image from: Tragedi Pantai Tanjung Lompat: Mangsa terakhir ditemukan
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.
Image from: Tragedi Pantai Tanjung Lompat: Mangsa terakhir ditemukan
Jasad Muhammad Haiman Fitri dibawa ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian untuk pengecaman daripada waris.

KOTA TINGGI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, berakhir selepas mangsa ditemukan petang Sabtu.

Jasad Muhammad Haiman Fitri Supian,16, ditemui orang awam, jam 3.05 petang kira-kira 12 kilometer dari lokasi kejadian.

Pegawai Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Tanjung Sedili, Leftenan Komander Maritim Mohamed Shafiee Bakar berkata, mayat dibawa ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) jam 4.30 petang untuk pengecaman daripada waris.

**media[3637584]**

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

“Secara keseluruhan, SAR mangsa lemas ini melibatkan keluasan 80 kilometer sehingga ke Tanjung Sedili,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, enam remaja berusia 16 tahun lemas selepas mandi dengan dua daripadanya berjaya diselamatkan orang awam.

**media[3637583]**

SAR yang diaktifkan sejurus kemudian menemui Alif Taqiuddin Kamal Hasrul jam 1.25 petang pada Rabu, Muhamad Thaqif Rayyan Rumainoor jam 1.53 petang Khamis manakala Muhammad Adib Hafiy Kamal dijumpai jam 11.53 pagi Jumaat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintenden Mohd Syamsuri Mohamad mengesahkan penemuan mayat terakhir itu.

SAR ditamatkan jam 5 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved