Tragedi Pantai Tanjung Lompat: Mangsa terakhir ditemukan, SAR ditamatkan

5 Sep 2026 • 9:50 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Tragedi Pantai Tanjung Lompat: Mangsa terakhir ditemukan, SAR ditamatkan

Operasi SAR tragedi lemas di Pantai Tanjung Lompat ditamatkan selepas mayat mangsa terakhir ditemukan orang awam.

JOHOR BAHRU: Mangsa terakhir, Mohamad Haiman Fitri Supian yang dilaporkan hilang dalam insiden lemas di Pantai Tanjung Lompat, Kota Tinggi ditemukan pada 3.05 petang tadi.

Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata mayat mangsa ditemukan orang awam kira-kira 3.1 batu nautika dari lokasi kejadian.

“Penemuan mangsa juga telah disahkan (identitinya) oleh waris,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata penemuan itu sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selama empat hari yang dikoordinasikan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Mohd Najib mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa sekali gus menzahirkan penghargaan kepada seluruh agensi yang terlibat dalam operasi itu.

“Sepanjang empat hari operasi, semua agensi terlibat telah memberikan komitmen tinggi dengan menggembleng anggota, aset dan kepakaran masing-masing bagi memastikan usaha pencarian dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada komuniti maritim khususnya nelayan, pengusaha bot dan orang awam yang membantu pasukan operasi dengan menyalurkan maklumat serta memantau kawasan perairan.

Rabu lepas, bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.19 pagi berhubung enam remaja lelaki berumur 16 tahun yang dilaporkan lemas semasa mandi.

Dua daripada mereka berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala empat lagi hilang.

Kesemua mangsa yang meninggal dunia berjaya ditemukan menerusi SAR, iaitu Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor, Alif Taqiuddin Kamal Hasrul, Muhammad Adib Hafiy Kamal dan Mohamad Haiman Fitri. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved