Transformasi Anantara Siam libatkan pelaburan RM212 juta

8 Oct 2026 • 7:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Transformasi Anantara Siam libatkan pelaburan RM212 juta

PETALING JAYA – Pelaburan sehingga AS$50 juta (RM212 juta) yang diperuntukkan untuk kerja-kerja menambah baik  Hotel ikonik Anantara Siam Bangkok Hotel kini berbaloi sekali gus meletakkan ia berada di kedudukan yang kukuh dalam industri perhotelan di Thailand.

Ia dilihat kini simbol perhotelan mewah dan warisan budaya terkemuka di negara gajah putih itu.

Menurut kenyataan, langkah transformasi menyeluruh ini dijangka terus melonjakkan daya saing Anantara Siam Bangkok Hotel dalam menyokong pertumbuhan pesat industri pelancongan dan perhotelan mewah di Bangkok.

Hotel yang mula dibuka pada tahun 1983 itu adalah hasil rekaan arkitek terkenal George Wimberley dan terus beroperasi selama lebih empat dekad dengan menawarkan pengalaman terbaik kepada pelbagai tetamu termasuk pengembara elit, pemimpin dunia serta golongan selebriti antarabangsa.

“Melalui falsafah reka bentuk “Transformed. Timeless. Thai.”, fasa baharu ini mengekalkan elemen kebudayaan tempatan di samping menyuntik estetika reka bentuk kontemporari dan pengalaman perkhidmatan yang lebih segar,” ujarnya.

Langkah penambahbaikan hotel ini turut memberi keutamaan tinggi terhadap pemuliharaan elemen seni bina asal. 

Antara yang dipelihara secara teliti adalah lukisan mural buatan tangan sepanjang 100 meter di ruang legar utama karya seniman terkemuka Thailand, Paiboon Suwannakudt, serta 19 panel siling yang menggambarkan keindahan seni budaya Thai.

Di samping itu, kesemua 335 bilik tetamu, suite dan vila telah direka semula sepenuhnya dengan gabungan kayu jati tempatan, perincian buatan tangan, kemasan sutera mewah serta bilik mandi bermarmar.

Antara tarikan baharu yang diperkenalkan termasuk Anantara Garden Pool Suites and Villas yang menawarkan kediaman persendirian lengkap bersama kolam renang peribadi di tengah-tengah taman tropika.

Hotel ini turut menterjemahkan kerjasama strategik bersama jenama sutera terkemuka tempatan menerusi penawaran Jim Thompson Explorer Suite. Suite dua bilik tidur ini diinspirasikan daripada rekaan rumah percutian musim panas tradisional Thailand yang dilengkapi ruang tamu terbuka serta perpustakaan peribadi.

Anantara Siam Bangkok Hotel itu terdiri daripada 335 bilik, suite dan vila yang direka semula serta menawarkan hidangan makanan dan minuman mengikut pilihan tetamu dari sembilan restorannya termasuk Spice Market (masakan Thailand), Biscotti (Itali), Shintaro (Jepun) dan Madison Steak Avenue.

Selain percutian, hotel ini juga dapat memenuhi keperluan bagi penganjuran persidangan antarabangsa, mesyuarat dan majlis korporat di beberapa ruang mesyuarat dan dewan besar yang dilengkapi dengan teknologi digital selain itu, ia boleh ditempah untuk majlis perkahwinan.

Bagi mereka yang suka bercuti sambil beriadah, hotel ini turut memiliki Siam Sports Club dengan menyediakan peralatan Technogym, studio Pilates, gelanggang Muay Thai dan dinding mendaki) serta yang popular adalah Anantara spa yang menawarkan fasiliti rawatan tradisional Thai yang dipertingkatkan. -KOSMO! ONLINE

The post Transformasi Anantara Siam libatkan pelaburan RM212 juta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved