Transformasi pengurusan sejak 2019 ubah prestasi Terengganu Inc, TDM dan EPIC - Ahmad Samsuri

LocalBusiness & Finance
23 Apr 2026 • 1:36 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Transformasi pengurusan sejak 2019 ubah prestasi Terengganu Inc, TDM dan EPIC - Ahmad Samsuri Image from: Transformasi pengurusan sejak 2019 ubah prestasi Terengganu Inc, TDM dan EPIC - Ahmad Samsuri liza23/04/2026 - 13:36 Terengganu Inc Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA TERENGGANU 23 April – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Negeri Terengganu mencatatkan peningkatan prestasi ketara hasil pelaksanaan transformasi pengurusan dan penjajaran semula sejak 2019.

 

Kumpulan Terengganu Inc merekodkan pendapatan kasar RM2 bilion pada tahun 2025, meningkat daripada RM964 juta pada tahun 2018, iaitu pertumbuhan sebanyak RM1 bilion atau 104% dalam tempoh tujuh tahun. 

 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri menyasarkan pendapatan kumpulan itu meningkat lagi kepada RM3.9 bilion menjelang 2030, iaitu tambahan RM1.9 bilion atau 95% berbanding 2025.

 

“Selain itu, TDM Berhad turut menunjukkan pemulihan prestasi apabila pendapatan meningkat kepada RM768 juta pada tahun 2025 berbanding RM398 juta pada tahun 2018,” katanya dalam sesi ucapan penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

 

t

 

Syarikat itu sebelum ini mencatat kerugian RM36 juta pada 2018, namun berjaya pulih dan mencatat keuntungan RM19 juta pada 2025.

 

Ahmad Samsuri berkata EPIC Berhad juga mencatat pendapatan RM409.4 juta pada 2025 berbanding RM296.9 juta pada 2018, menunjukkan peningkatan stabil hasil pengukuhan operasi dalam sektor berkaitan minyak dan gas serta perkhidmatan industri.

 

Kerajaan negeri menyifatkan pencapaian ini sebagai hasil transformasi besar-besaran GLC sejak 2019, termasuk penstrukturan semula pengurusan, penjajaran semula operasi (re-alignment), serta pengukuhan tadbir urus.

 

Secara keseluruhan, prestasi GLC ini dianggap memberi impak langsung kepada pertumbuhan ekonomi negeri serta menyokong agenda jangka panjang pembangunan Terengganu. - DagangNews.com

Terkini featured standard