Tren pecut 800 kilometer sejam dalam 5 saat

Technology
14 Aug 2026 • 12:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tren pecut 800 kilometer sejam dalam 5 saat

BEIJING – Sebuah kereta api laju yang sedang diuji di China memecahkan rekod dunianya sendiri apabila bergerak dari sifar  ke kelajuan 800 kilometer (km) sejam dalam masa kira-kira lima saat, lapor laman berita The Independent.

Dalam ujian dijalankan di landasan sejauh 1 km di Makmal Donghu, wilayah Hubei, kereta api Maglev seberat 1.1 tan itu mencatat masa pecutan tepat 5.3 saat daripada keadaan pegun. 

Kereta api Maglev menggunakan daya magnet untuk mengangkat keseluruhan badannya di atas landasan dan bergerak tanpa geseran, manakala medan magnet yang dijana oleh gelung di sekeliling landasan memacunya ke hadapan.

Selepas memecut dari sifar ke 800 km sejam, kereta api itu berhenti dengan lancar secara dalam jarak kira-kira 200 meter.

Ini merupakan kali ketiga dalam tempoh enam bulan kereta api  sama memecahkan rekod dunia pecutan jarak pendek.

Kereta api Manglev itu pertama kali diuji pada Jun 2025, apabila ia mencatatkan kelajuan 650 km sejam dalam masa tujuh saat  sekali gus mencipta rekod dunia. 

Ia kemudian memecahkan rekodnya sendiri dalam beberapa ujian seterusnya, mencapai kelajuan 700 km sejam dan 798 km sejam. – AGENSI

The post Tren pecut 800 kilometer sejam dalam 5 saat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved