Syarikat minyak peroleh keuntungan terlalu besar – Trump

PoliticsBusiness & Finance
4 Aug 2026 • 12:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Syarikat minyak peroleh keuntungan terlalu besar – Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata pada Isnin bahawa syarikat-syarikat minyak utama memperoleh keuntungan yang terlalu besar.

Beliau berkata, keuntungan besar itu diperoleh susulan kenaikan harga minyak akibat perang dengan Iran.

 “Saya tidak suka. Mereka memperoleh keuntungan yang terlalu besar? Disebabkan kekurangan bekalan, mereka memperoleh keuntungan yang terlalu besar,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.

Harga petrol yang tinggi merupakan isu politik penting bagi Trump ketika Parti Republikan bersiap sedia menghadapi pilihan raya pada November, dengan Parti Demokrat berusaha merampas semula kawalan di Kongres AS.

Harga purata bagi satu gelen atau 3.7 liter petrol biasa di AS telah meningkat lebih 37 peratus sejak perang yang dilancarkan oleh Trump bersama sekutu Washington, Israel pada penghujung Februari.

Perang itu menyaksikan tindakan balas Iran menyasarkan sekutu-sekutu Washington di rantau Teluk serta hampir menyekat laluan penting Selat Hormuz, yang kedua-duanya menyebabkan harga tenaga melonjak dengan mendadak.

Gergasi petroleum AS, ExxonMobil dan Chevron pada Jumaat melaporkan keuntungan yang melonjak tinggi, didorong oleh perang di Asia Barat yang lebih daripada mengimbangi kesan negatif lain yang dihadapi kedua-dua syarikat.

Keuntungan ExxonMobil bagi suku kedua lebih daripada dua kali ganda kepada AS$14.5 bilion (RM59 bilion) manakala Chevron mencatat keuntungan AS$12.1 bilion (RM50 bilion), iaitu lebih lima kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu. – AFP

 

The post Syarikat minyak peroleh keuntungan terlalu besar – Trump appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved