Trump Sambut Baik Pakatan Pertahanan Lindungi Makkah

WorldPolitics
17 Aug 2026 • 12:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bukan selalu tiga negara besar tampil dengan satu komitmen pertahanan yang sama, tetapi kali ini Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan memilih untuk bergerak bersama.

Perkembangan itu turut mendapat reaksi positif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang melihat pakatan berkenaan sebagai satu langkah penting ketika keadaan di rantau tersebut terus berdepan ketegangan.

Trump puji langkah tiga negara lindungi Makkah

Image from: Trump Sambut Baik Pakatan Pertahanan Lindungi Makkah
Kredit Foto: Noor Umrah

Menerusi Truth Social, Trump berkata beliau gembira melihat ketiga-tiga negara akhirnya menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah.

Saya sangat gembira melihat Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan akhirnya menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah.- Tulisnya.

Menurut Trump, kerjasama itu menunjukkan negara-negara di Timur Tengah semakin bersatu dan mampu memperkukuh pertahanan masing-masing.

Ini menunjukkan bagaimana negara-negara di Timur Tengah semakin bersatu dan bagaimana negara-negara akhirnya mampu mempertahankan diri dengan lebih berkesan.- Katanya.

Serangan terhadap satu negara dianggap serangan bersama

trump

Perjanjian tiga hala itu ditandatangani pada 7 Ogos ketika konflik antara Amerika Syarikat dan Iran menyebabkan ketegangan merebak di rantau tersebut, termasuk serangan Houthi yang disokong Iran.

Menurut Kementerian Luar Pakistan, antara perkara utama dalam pakatan itu adalah serangan terhadap mana-mana satu negara anggota akan dianggap sebagai serangan terhadap kesemua anggota.

Ketiga-tiga negara turut berjanji untuk memperkukuh keselamatan kolektif serta menggalakkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau berkenaan dan di luar rantau.

Dalam masa sama, Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan juga komited untuk terlibat dalam usaha mencari penyelesaian terhadap konflik antara Iran dan Amerika Syarikat.

The post Trump Sambut Baik Pakatan Pertahanan Lindungi Makkah appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved