Trump terpaksa henti ucapan kerana tidak dapat buka mata

WorldPolitics
1 Nov 2026 • 6:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trump terpaksa henti ucapan kerana tidak dapat buka mata

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terpaksa menghentikan seketika perhimpunan kempen pilihan raya pertengahan penggal di Daytona Beach, Florida, selepas mengalami kesukaran untuk membuka matanya di hadapan ribuan penyokong.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas majlis bermula apabila Trump bertindak menyapu matanya menggunakan sapu tangan yang dibasahkan dengan air daripada gelas.

“Anda tidak kisah? Mata saya termasuk sesuatu, lihat ini,” kata Trump kepada para hadirin sebelum menyapu matanya.

Beliau kemudian berseloroh dengan menyatakan alangkah baiknya jika beliau mempunyai ubat titik mata pada waktu itu bagi melegakan ketidakselesaan yang dialaminya.

Presiden berusia 80 tahun itu turut mengambil kesempatan mendepani kritikan dan spekulasi pihak luar yang mendakwa kesihatannya semakin merosot berikutan pembatalan beberapa siri ceramah sebelum ini.

“Jika saya guna ubat titik mata, mereka akan kata saya sakit parah dan wujud masalah kesihatan yang serius,” katanya bagi menepis sebarang andaian negatif.

Sebelum ini, kepimpinan beliau mencetuskan tanda tanya selepas membatalkan dua perhimpunan kempen di Kansas dan Iowa secara tiba-tiba sebelum kedua-dua acara berkenaan dijadualkan semula pada  Jumaat.

Acara kempen di Daytona Beach itu bermula hampir sejam lewat daripada jadual asal, satu situasi yang sering berlaku sepanjang siri jelajah kempen beliau sejak Pilihan Raya Umum 2024.

Sebelum insiden berkenaan, Trump turut dilanda kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan keras terhadap seorang wartawan yang bertanyakan punca pembatalan kempennya di Kansas. – AGENSI

The post Trump terpaksa henti ucapan kerana tidak dapat buka mata appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved