“Trust Me, Ni Bukan Diet..” – Tular Video Penampilan Terkini Dafi, Netizen Luah Rasa Bimbang

LocalEntertainment
3 Oct 2024 • 12:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi yang dikenali selepas memasuki program Akademi Fantasia, Dafi, telah mengejutkan orang ramai selepas penampilan terbarunya amat berbeza jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini.

Kata Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi bin Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, perubahan fizikalnya terkini bukan disebabkan pembedahan bariatrik atau potong susu, sebaliknya diet yang seimbang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dafi Ismail Sabri (@dafiismailsabri)

Difahamkan dari laporan Gempak, berat badan Dafi mulut menyusut selepas menjalani penggambaran filem Malbatt dan sejak dari itu, dia berazam untuk kekalkan berat badan kerana berat badan naik semula.

Sebab dulu masa sekolah saya gemuk, saya memang ada masalah yang takut sangat gemuk balik. Few years back badan saya agak naik juga tapi untuk filem Malbat, saya perlu jadi askar jadi saya turunkan berat.

Dalam pada itu, anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia itu meminta orang ramai tidak membimbangkan keadaannya terkini kerana dirinya tidak sakit tetapi mahu kekal kurus untuk kelihatan fit dan presentable.

image is not available

image is not available

image is not available 1 year ago

Kongsi Video Menari Di TikTok, Dafi Kena 'Bahan' Dengan Netizen - "Bakat Terpendam Yang Patut Dipendam"