Tuan rumah seronok, 3 tahun berturut sediakan air percuma untuk murid merentas desa

26 Feb 2025 • 10:12 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Air percuma untuk murid

Seorang wanita yang dikenali sebagai Shaf meluahkan rasa gembira apabila dapat menyediakan air percuma untuk murid-murid sekolah ketika sedang merentas desa.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shaf di laman TikToknya, tahun ini menjadi tahun ketiga dia dan suami berbuat demikian dengan memberikan air kotak pelbagai perisa.

Dalam video yang berdurasi hampir satu minit itu, dapat dilihat suami kepada Shaf menyusun air kota dengan rapi di atas meja berhadapan kediamannya.

Air percuma untuk murid

@kokshaf

Tahun ke3 berturut² kita bagi air kat anak² merentas desa ni. Kali ni sirap kita dah upgrade ke air kotak. Tq to all my frens who contribute!"customer" yang last paling special. Nampaknya rumah kita dah boleh jadi main pit stop setiap tahun! #merentasdesa #merentasdesa2025 #skip #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #thisisperak #peraktengah

♬ Santai - The Lantis

Malah, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan lain yang turut terlibat dalam menjayakan inisiatif tersebut.

“Tahun ke tiga berturut-turut kita bagi air kat anak-anak merentas desa ni.

“Kali ini sirap kita dah upgrade ke air kotak. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat! ‘Pelanggan’ yang paling akhir sekali istimewa.

“Nampaknya rumah kita boleh jadi perhentian utama setiap tahun!” ujarnya.

Air percuma untuk murid

image is not available

image is not available

image is not available

Semoga dimurahkan rezeki!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap murah hati Shaf dan suami dalam berkongsi rezeki dan mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan selalu.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Pada tahun lalu, keluarga Shaf tular di media sosial kerana menyediakan 100 cawan air sirap buat murid-murid sekolah yang merentas desa melalui kawasan perumahannya.

Katanya, dia mengetahui mengenai penganjuran aktiviti sukan tersebut daripada dua orang anaknya yang pada ketika itu berusia 12 tahun dan 10 tahun yang bersekolah di Sekolah Iskandar Perdana.

Sumber: TikTok @kokshaf