Tuanku Muhriz berkenan penyelesaian isu Menteri Besar

LocalPolitics
27 Nov 2026 • 7:34 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Menteri Besar

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Be­­sar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ber­kenan dengan penyelesaian bersama tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung kemelut kedudukan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.

Suatu keputusan dicapai selepas baginda menerima menghadap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir serta Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said selama sejam di Istana Hinggap, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid ketika ditemui selepas sesi menghadap tersebut enggan mendedahkan butiran lanjut persetujuan berkenaan, namun menyerahkan perihal itu kepada pihak istana.

Beliau berkata, keputusan ke­dudukan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan ditentukan melalui kenyataan rasmi berhubung persetujuan hasil pertemuan beliau dengan Yang di-Pertuan Besar.

“Kami menghadap Tuanku dalam suasana yang tenang dan Tuanku akan membuat keputusan. Biarlah kenyataan daripada istana itu sebagai memuktamadkan keputusan yang kami sama-sama persetujukan,” katanya ketika ditemui selepas sesi menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, di sini, semalam.

Bagaimanapun kemelut ke­dudukan Menteri Besar didakwa selesai apabila barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMKN) yang baharu mengangkat sumpah hari ini di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

Menerusi jemputan liputan Istiadat Pelantikan dan Meng­angkat Sumpah (MMKN) yang diterima pihak media petang semalam, ia sekali gus juga membawa jangkaan kedudukan Ismail sebagai Menteri Besar adalah kekal.

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba di pekarangan istana berkenaan kira-kira pukul 3 petang sebelum beredar selepas satu jam kemudian.

Menteri Besar Ne­geri Sembilan, Datuk Ismail Lasim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh dilapor­kan tiba di Istana Hinggap lebih awal kira-kira pukul 1.18 petang bagi menghadap Tuanku Muhriz.

Perkembangan itu menarik perhatian susulan kemelut po­litik negeri ini, khususnya berhubung kedudukan Ismail sebagai Menteri Besar menjadi perbincangan sejak minggu lalu.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Negeri Sembilan dijangka bakal mempunyai Menteri Besar baharu susulan pendirian kesemua 24 ADUN BN dan Perikatan Nasional (PN) yang hilang kepercayaan terhadap Ismail. – UTUSAN

The post Tuanku Muhriz berkenan penyelesaian isu Menteri Besar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved