Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Penzahiran Darjah Kebesaran Negeri Sembilan

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 3:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Penzahiran Darjah Tertinggi Negeri Sembilan (DTNS) dan Darjah Mulia Negeri Sembilan (DMNS) di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, semalam.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan penerima DTNS ialah Undang Luak Sungei Ujong Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari, Undang Luak Jelebu Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Azrin Khairi dan Undang Luak Rembau Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid.

Image from: Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Penzahiran Darjah Kebesaran Negeri Sembilan

Tiga penerima DMNS ialah Tok Puan Sungei Ujong Sharifah Amirah Syed Ismail Ash-Shahab, Tok Puan Jelebu Datin Norazizan Mamat dan Tok Puan Rembau Asmah Yaakob.

DTNS ialah darjah kebesaran dianugerahkan khas kepada Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin manakala DMNS dianugerahkan khas kepada Tok Puan Undang Yang Empat serta Tunku Isteri, Tunku Besar Tampin.

Yang turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-‘Abidin.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Datuk Muzalmah Mustapha Kamal, Pegawai Kewangan Negeri Sembilan Datuk Masri Razali, pegawai daerah Seremban, Port Dickson, Jelebu dan Rembau serta wakil luak.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved