Tuanku Nadzaruddin YDP Besar baharu, proklamasi turun takhta Tuanku Muhriz sah – Kerajaan NS

LocalPolitics
16 Sep 2026 • 4:40 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Tuanku Nadzaruddin YDP Besar baharu, proklamasi turun takhta Tuanku Muhriz sah – Kerajaan NS

SEREMBAN – Kemelut institusi diraja Negeri Sembilan memasuki perkembangan baharu apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengumumkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah disempurnakan, sekali gus mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, proklamasi berkenaan disempurnakan mengikut Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri turut mengumumkan pemilihan dan pengiktirafan Tuanku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta.

Perkembangan itu menyusuli pertikaian berhubung kedudukan takhta Negeri Sembilan sejak beberapa bulan lalu, termasuk pemasyhuran Tuanku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar dalam satu majlis pada Jun lalu.

Ketika itu, pemasyhuran tersebut dipertikaikan pihak Istana Besar Seri Menanti, yang menyatakan majlis berkenaan tidak diiktiraf berdasarkan perlembagaan, perundangan dan adat istiadat Negeri Sembilan.

Pertikaian berkenaan kembali menjadi perhatian pada awal September selepas timbul isu berhubung dokumen proklamasi di bawah Perkara 10(2) UUTKNS.

Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini mendakwa beliau menandatangani dokumen berkaitan tanpa rela hati dan secara paksaan, selain menyatakan pendirian ketika itu bahawa dokumen tersebut tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, pengumuman terbaharu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz telah disempurnakan mengikut peruntukan berkenaan.

Berita selanjutnya menyusul.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved