Tuanku Titah Saya Teruskan Tadbir Sebagai Menteri Besar, Kerajaan Negeri Berfungsi Seperti Biasa – Aminuddin Harun

LocalPolitics
27 Apr 2026 • 5:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Tuanku Titah Saya Teruskan Tadbir Sebagai Menteri Besar, Kerajaan Negeri Berfungsi Seperti Biasa – Aminuddin Harun

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pagi ini (27 April) dunia politik negara digemparkan dengan pengumuman 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Negeri Sembilan yang menzahirkan hilang kepercayaan serta sokongan terhadap Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengerusi Badan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengatakan pemakluman rasmi mengenai penarikan 14 ADUN dari parti Barisan Nasional itu akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri sebaik sidang media berkenaan selesai.

Menurut beliau keputusan tersebut diambil oleh 14 ADUN berkenaan susulan daripada krisis yang berlaku melibatkan adat serta berperlembagaan Negeri Sembilan yang pada pendapatnya semakin meruncing.

Rentetan daripada itu, 5 ADUN daripada Perikatan Nasional (PN) turut mengumumkan bersedia memberikan sokongan kepada 14 ADUN UMNO berkenaan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: 14 Adun UMNO Umum Hilang Kepercayaan, Tarik Sokongan Terhadap MB Negeri Sembilan

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Kerajaan N9: 5 ADUN PN Sedia Kerjasama & Beri Sokongan Kepada UMNO [Video]

Aminuddin dititah oleh Tuanku Muhriz untuk mentadbir Negeri Sembilan

Terbaharu Aminuddin Harun memaklumkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan beliau untuk terus mentadbir sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri Sembilan akan terus berfungsi seperti biasa.

“Setelah melalui pertimbangan sewajarnya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah menasihati dan menitahkan agar saya meneruskan tanggungjawab mentadbir sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan seperti biasa selagi belum terdapat kejelasan muktamad mengenai perkara ini.

“Selaras dengan undang-undang dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Sembilan, kerajaan negeri akan terus berfungsi seperti biasa memastikan urusan pentadbiran berjalan lancar seperti kepentingan rakyat Negeri Sembilan terus terpelihara.

Jelas beliau, Tuanku Muhriz bertitah sedemikian selepas beliau mempersembahkan pemakluman berhubung penarikan 14 ADUN UMNO dan kedudukan terkini sokongan ADUN terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Dalam pada itu Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook bertegas DAP tidak akan menyokong mana-mana usaha kerajaan tebuk atap.

“No to back door goverment, kita tidak akan menyokong mana-mana pihak yang ingin menubuhkan kerajaan pintu belakang.

“Ini kerajaan yang diberi mandat oleh Kerajaan Negeri Sembilan.”

Perkara sama juga turut dibangkitkan oleh Pengerusi Parti Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman yang menzahirkan sokongan penuh terhadap Aminuddin Harun untuk kekal sebagai MB Negeri Sembilan.

Exco Pemuda Amanah sifatkan tindakan 14 ADUN UMNO Negeri Sembilan khianat mandat rakyat

Sebelum ini, Exco Pemuda Amanah Nasional, Ahmad Fadhli Umar menyifatkan tindakan 14 ADUN berkenaan menarik sokongan sebagai mengkhianati mandat rakyat.

Kata beliau, tindakan itu memperlihatkan dengan jelas sikap UMNO yang mengambil kesempatan dalam politik semasa.

“Ia bukan sahaja mengkhianati mandat rakyat, malah menunjukkan kegagalan mereka untuk berperanan sebagai rakan kongsi yang bertanggungjawab dalam memastikan kestabilan kerjaan.

“Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, rakyat mengharapkan kepimpinan yang matang dan konsisten. Sebaliknya, tindakan seperti ini hanya menambah ketidaktentuan dan sekali lagi mengheret rakyat ke dalam ketidakstabilan politik yang tidak perlu,” katanya, dalam satu kenyataan di Facebok.

PH tak boleh ambil sikap tunggu jika betul ada kerjasama UMNO & PN

Menurut Fadli, sekiranya benar ada usaha ke arah kerjasama antara UMNO dan PN, maka Pakatan Harapan (PH) tidak boleh terus mengambil sikap menunggu.

Katanya perkembangan tersebut menuntut satu penilaian semula yang serisu terhadap bentuk kerjasama politik yang wujud pada hari ini.

“Ini termasuk meneliti semula kedudukan kerajaan negeri yang melibatkan UMNO seperti di Selangor dan Pulau Pinang, selain situasi di Perak dan Pahang seta di peringkat Persekutuan.

“Pakatan Harapan perlu jelas dengan pendirian sendiri. Kestabilan tidak boleh bergantung kepada sokongan yang berubah-ubah, tetapi mesti dibina atas prinsip dan komitmen yang konsisten.”

Katanya lagi perkara yang berlaku itu sepatutnya menjadi titik penting untuk menilai semula arah dan memastikan mandat rakyat tidak terus dipermainkan.

“Nasihat saya pada UMNO, usah lah kalian sekali lagi menjadi pembuka Kerajaan Tebuk Atap dan mengkhianati perpaduan yang telah dibina.