“Tudiaa Marketing Drama Baru..” – Tenang ‘Post’ IG Story, Netizen Syak Kes Tangkap Khalwat Ruhainies & Aliff Aziz ‘Marketing’ Saja?

11 Mar 2024 • 10:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hujung minggu lalu, nama pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies menjadi ‘panas’ selepas dakwaan mengenai mereka ditangkap khalwat tular di setiap platform.

Kekal tenang walaupun isu tengah ‘panas’

Biarpun isu tersebut boleh dianggap ‘panas’ tetapi Ruhainies kelihatan amat tenang dan boleh memuat naik hantaran di Instagramnya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Adakah semuanya ‘marketing’?

Susulan aktres tersebut membuat keadaan yang ‘panas’ ketika ini seperti tiada apa-apa yang berlaku, netizen mula syak bahawa segala yang berlaku hanyalah ‘marketing’ untuk drama terbaru mereka sahaja.

Lagi menguatkan firasat netizen bahawa semuanya ‘marketing’ apabila Ruhainies membalas komen salah seorang individu dengan emoji tangan berbentuk love.

image is not available

Tidak kurang juga ada netizen meluahkan rasa kesal jika semua yang terjadi terhadap aktor dan aktres tersebut hanyalah sekadar konten untuk menaikkan nama drama terbaru mereka yang bakal ditayang tidak lama lagi.

image is not available

image is not available

image is not available 2 days ago

Ditangkap Khalwat, CCTV Kondominium Rakam Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies Pada 25 Februari Lepas