
PETALING JAYA – Gaya pemakaian tudung yang dikaitkan dengan profesion dan kedudukan seseorang dalam dunia akademik mencuri perhatian pengguna media sosial apabila seorang pengguna Threads berkongsi pandangan secara berseloroh mengenai perkara itu.
Menerusi hantaran pengguna Threads @akma_rushdi berkata, tudung yang digayakan secara bersilang dengan solekan nipis sering dikaitkan dengan golongan guru.
Sebaliknya katanya, gaya tudung yang dipinkan di bahagian hadapan tanpa solekan pula sering digayakan oleh pensyarah institusi pengajian tinggi, politeknik dan golongan profesional.
Pengguna itu turut menyamakan gaya tudung yang disemat rapat ke dahi sehingga kelihatan seperti lipatan topi keledar dengan golongan berjawatan tinggi dalam bidang akademik.
“Kalau pin tudung senget ke tepi, lipat helmet…profesor emiritus, dr madya, dekan fakulti memana lah tu, tengok
tudung je,” tulisnya.
Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi apabila meraih kira-kira 9,500 tanda suka, 129 komen dan 345 perkongsian semula dalam tempoh tiga hari.
Di ruangan komen, pengguna Threads @xerrazahra turut berseloroh bahawa individu yang memakai tudung berlipat seperti topi keledar mungkin seorang pakar di hospital.
Sementara itu, pengguna @fountain.paradise pula menyifatkan golongan berjawatan tinggi di universiti mudah dikenal pasti melalui penampilan yang ringkas dan tidak terlalu mementingkan padanan pakaian.
“Lagi selekeh dan tudung tak gosok, tak matching (sesuai) dengan baju, ketahuilah lagi tinggi pangkat beliau di universiti,” tulisnya.
“Saya setuju yang tudung prof emiritius, dr madya tu. prof saya macam ini dulu, tapi otak prof saya memang tak boleh lawan, tabik saya,” kongsi @Mustafa Rokiah.
“Lagi selekeh tudung dia, lagi tinggi tahap (pendidikan) dia. Sebab dia tak ada masa nak berdiri depan cermin dua, tiga jam sebelum kluar,” kata seorang pengguna.
“Ayat yang pertama tu so true (sangat betul). It’s really me (ia memang saya). Pernah nak naik eskalator ada orang tegur cikgu ke? Kakak macam cikgu saya di Sabah. Cara pakai tudung sama,” kongsi @Fazanne. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Tudung bersilang itu cikgu, yang lipat helmet selalunya prof madya’ appeared first on Kosmo Online.

![[VIDEO] Tunggu ‘towing’, kereta pula hanyut dibawa arus](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/kereta-hanyut-1024x538.jpeg)

![[VIDEO] ‘Ini baru lelaki, pelindung wanita’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-27-at-11.12.02-AM-1024x687.jpeg)

