Tujuh cedera bas ekspres langgar belakang lori treler

12 Aug 2026 • 4:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tujuh cedera bas ekspres langgar belakang lori treler
Keadaan bas ekspres dan lori treler yang berlanggar di Kilometer 169.2 Lebuhraya Utara Selatan - Foto: PDRM

BANDAR BAHARU - Tujuh individu termasuk pemandu kedua sebuah bas ekspres cedera, selepas bas dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori treler di Kilometer (KM) 169.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, kira-kira 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Superintenden Mohamad Sani Mat Ali berkata, bas yang membawa sembilan penumpang itu dalam perjalanan dari Alor Setar menuju Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas gagal mengawal kenderaan, sebelum melanggar bahagian belakang lori treler yang sedang mengubah haluan dari lorong perlahan ke lorong memotong.

"Lori treler itu membawa muatan paip besi dan dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang menuju Shah Alam, Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Sani berkata pemandu bas tidak mengalami kecederaan, manakala pemandu kedua bas mengalami kecederaan pada bahagian hidung dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk rawatan.

"Enam penumpang bas yang cedera ringan dirawat di Hospital Sungai Bakap, manakala tiga lagi penumpang tidak mengalami kecederaan.

"Ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori treler dan pemandu bas negatif dadah,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved