Kereta langgar 6 lembu berkeliaran di lebu hraya

WorldCars
8 Aug 2026 • 10:03 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kereta langgar 6 lembu berkeliaran di lebu hraya

BEIJING  – Seorang pemandu terselamat selepas kereta dipandunya merempuh kawanan lembu yang berkeliaran di sebuah lebuh raya di wilayah Guangdong, China, lapor portal berita Must Share News. 

Kemalangan itu berlaku sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) di Lebuhraya Nasional G234 di bandar Yangjiang, baru-baru ini. 

Polis berkata, kereta sedan itu hilang kawalan selepas bertembung dengan kawanan lembu semasa hujan apabila jarak penglihatan terhad dan  jalan licin. 

Sebuah rakaman menunjukkan bahagian hadapan kereta sedan berwarna putih itu remuk akibat pelanggaran. 

Beberapa saksi berkata, keenam-enam lembu itu mati, namun, pemandu kereta tidak cedera,.  

Seorang pegawai polis trafik berkata, pemilik lembu-lembu itu telah dikenal pasti. 

“Pemiliknya boleh dikenakan tindakan kerana perbuatan mengembala lembu berhampiran lebuh raya adalah dilarang,” kata pihak berkuasa. – AGENSI 

 

The post Kereta langgar 6 lembu berkeliaran di lebu hraya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved