Video tular aksi bahaya: Polis kesan pemandu, penumpang Alza

LocalCars
9 Aug 2026 • 7:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Video tular aksi bahaya: Polis kesan pemandu, penumpang Alza
Tular aksi seorang penumpang mengeluarkan sebahagian badannya melalui tingkap belakang Perodua Alza di Lebuhraya Kajang-Seremban.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan pemandu dan penumpang Perodua Alza susulan video tular aksi seorang penumpang mengeluarkan sebahagian badannya melalui tingkap belakang kenderaan itu yang sedang bergerak di Lebuhraya Kajang-Seremban.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, video berdurasi 12 saat itu tular di aplikasi Threads pada Sabtu, dan kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 1 lebuh raya berkenaan menghala ke Kajang.

"Kita menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.57 petang tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan perbuatan secara cuai atau gopoh sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain," menurutnya dalam kenyataan Sabtu malam.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 011-2966 7474. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved