Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
4 Oct 2026 • 10:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat
Tujuh kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat pagi ini. Foto hiasan n

KUALA LUMPUR - Tujuh kawasan, masing-masing enam di Johor dan satu di Sarawak, merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Samarahan di Sarawak mencatat bacaan 152.

Di Johor, kawasan terlibat ialah Batu Pahat dengan bacaan 156, Segamat (154), Kluang dan Tangkak (152), Larkin (148) serta Pasir Gudang (126).

Sementara itu, 57 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan berada pada tahap baik, iaitu Sandakan, Sabah (45), Langkawi, Kedah (37) dan Kangar, Perlis (32).

Bacaan IPU bagi stesen Kota Kinabalu, Sabah pula tidak tersedia pada waktu berkenaan.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya). - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved