[VIDEO] Enam beradik berdepan hukuman mati

28 Jul 2026 • 10:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Enam beradik berdepan hukuman mati
Image from: [VIDEO] Enam beradik berdepan hukuman mati
Enam beradik lelaki bersama seorang rakan mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas pertuduhan mengedar dadah.
Image from: [VIDEO] Enam beradik berdepan hukuman mati
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh masing-masing penganggur didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis heroin.
Image from: [VIDEO] Enam beradik berdepan hukuman mati
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Image from: [VIDEO] Enam beradik berdepan hukuman mati
Enam beradik hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 118.87 gram, minggu lepas. Foto Bernama.
Image from: [VIDEO] Enam beradik berdepan hukuman mati
Muhammad Affandi Zulkafli, 41, Muhammad Khairul Azmil Zulkafli, 40, Shahrul Azwan Zulkafli, 38, Mohamad Shah Herman Zulkafli, 35, Muhamad Amirul Zulkafli, 29, dan Mohamad Hafizi Zulkafli, 27, yang kesemuanya penganggur hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Riduan. Foto Bernama. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

IPOH - Enam beradik lelaki bersama seorang rakan mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas pertuduhan mengedar dadah seberat lebih 100 gram, minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Affandi Zulkafli, 41; Muhammad Khairul Azmil Zulkafli, 40; Shahrul Azwan Zulkafli, 38; Mohamad Shah Herman Zulkafli, 35; Muhamad Amirul Zulkafli, 29, dan Mohamad Hafizi Zulkafli, 27, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Ridzuan.

**media[3597214]**

Pertuduhan terhadap seorang lagi tertuduh, Mohd Ismail Borhan, 43, dibuat di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) petang hari sama berikutan dia sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

**media[3597213]**

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh masing-masing penganggur didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis heroin seberat 118.87 gram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pondok tidak bernombor di Kampung Che Zainal Tambahan 1, Chemor, Ipoh kira-kira jam 9.20 malam pada 21 Julai 2026.

**media[3597002]**

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

**media[3597003]**

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zariss Sofea Zainudin, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved