Tujuh maut, 15 cedera dalam tembakan di sekolah Thailand

7 Aug 2026 • 2:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tujuh maut, 15 cedera dalam tembakan di sekolah Thailand

BANGKOK: Tujuh maut termasuk suspek dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah di Thailand hari ini, manakala 15 lagi cedera, kata jurucakap Polis Negara Thailand, Trairong Phiwphan.

Kejadian berlaku di daerah Bang Kruai, wilayah Nonthaburi, kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan, menurut portal berita Thailand, The Nation.

Ketua Polis Wilayah Nonthaburi, Leftenan Kolonel Dechrapee Kongdee, sebelum ini berkata suspek dipercayai membunuh diri.

Menurut Bangkok Post, suspek merupakan pelajar tingkatan dua yang dipercayai mengurung diri di tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.

Jurucakap polis berkata, suspek dikejarkan ke hospital selepas menembak dirinya sendiri.

Seorang pelajar berusia 18 tahun memberitahu Reuters, pada mulanya dia menyangka bunyi tembakan itu adalah bunyi mercun atau seseorang sedang mengetuk objek.

“Saya tidak menyangka ia bunyi tembakan pada mulanya. Terdapat banyak das tembakan. Kemudian keadaan senyap sebelum bunyi tembakan itu kedengaran semula,” katanya.

Dalam beberapa gambar yang diedarkan petugas kecemasan, pelajar dilihat bergegas keluar dari Sekolah Debsirin Nonthaburi, di pinggir barat laut Bangkok, ketika ambulans dikerahkan ke lokasi kejadian.

Dalam satu gambar, seorang mangsa dilihat terbaring di atas pengusung di luar ambulans, manakala seorang lagi menerima rawatan daripada petugas perubatan.

Menurut pihak berkuasa daerah, sekolah berkenaan mempunyai kira-kira 3,100 pelajar dan 147 guru pada tahun akademik 2025.

Pada Februari lalu, seorang guru maut manakala seorang pelajar cedera dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah di daerah Hat Yai, selatan Thailand, selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sekolah berkenaan.

The post Tujuh maut, 15 cedera dalam tembakan di sekolah Thailand appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved