'Bincang baik-baik' - Anwar

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 4:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Bincang baik-baik' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Kewangan (MoF) berbincang secara baik bagi menyelesaikan isu peruntukan termasuk kelewatan pembayaran kepada kontraktor.

"Kita bincanglah secara baik-baik. Saya minta kedua-dua kementerian ini (berbincang) dengan baik,” katanya ringkas ketika diminta mengulas isu berkenaan.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, Ampang Jaya hari ini.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata, tiada sekatan terhadap peruntukan KKDW bagi projek jalan luar bandar dan keseluruhan peruntukan bagi projek itu telah disalurkan.

Beliau berkata, kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berpunca daripada peruntukan tahun semasa yang hampir keseluruhannya telah dibelanjakan.

Isu itu timbul susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai masalah dihadapi kontraktor susulan kelewatan bayaran bagi projek di bawah KKDW.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved