
LUAR NEGARA – Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita muda didakwa berkahwin dengan lelaki berusia 65 tahun dengan mahar yang luar biasa.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, video tersebut disertakan dengan caption yang mendakwa pengantin perempuan berusia 22 tahun manakala pengantin lelaki pula berumur 65 tahun, dengan perbezaan usia sekitar 43 tahun.
Dalam video itu, pengantin lelaki dilihat memberikan pelbagai hadiah mewah kepada pengantin perempuan, termasuk mahar yang didakwa bernilai 50 Ethereum serta saham BUMI.
Sementara itu, pemilik video berkenaan turut menjelaskan bahawa wanita tersebut merupakan rakannya yang dilamar oleh lelaki jauh lebih berusia daripadanya.
Menurutnya, terdapat perbezaan umur sebanyak 43 tahun antara kedua-dua pengantin tersebut.
Apa yang mencuri perhatian ramai ialah reaksi pengantin perempuan dalam video berkenaan.
Pada awalnya, wanita itu kelihatan tidak begitu gembira ketika menerima pelbagai hadiah barangan mewah, namun wajahnya tiba-tiba berubah ceria apabila menerima set lengkap barangan penjagaan wajah wanita.
Netizen mula persoal kesahihan video
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula berasa sangsi dengan situasi tersebut dan mendakwa video berkenaan mungkin sekadar promosi produk tersembunyi.
Seorang pengguna secara berseloroh bertanya sama ada video tersebut sebenarnya ingin mempromosikan sesuatu jenama, manakala seorang lagi netizen meluahkan rasa jemu melihat kandungan promosi yang disampaikan dalam bentuk sedemikian di media sosial.
Dalam masa sama, seorang pengguna lain turut berkongsi pengalaman peribadinya yang pernah hampir berkahwin dengan lelaki kaya walaupun tidak mempunyai perasaan cinta.
Dia mengakui pernah membuat keputusan untuk berkahwin dengan seseorang yang tidak dicintainya kerana lelaki itu kaya, namun selepas akad nikah dia berasa sangat tertekan dan akhirnya memilih untuk tidak meneruskan hubungan tersebut.
Tambahnya lagi, kebahagiaan diri lebih penting berbanding kekayaan semata-mata.
Sementara itu, menerusi caption video asal, pemilik akaun berkenaan mendakwa wanita tersebut dipaksa menerima lamaran oleh bapanya kerana mahu hidup kaya raya.
Bagaimanapun, sehingga kini kesahihan sebenar video tersebut masih belum dapat dipastikan, sama ada benar berlaku atau sekadar kandungan promosi di media sosial. – The Malaysian Update
The post Tular di media sosial: Wanita 22 tahun nikah lelaki 65 tahun, mahar 50 Ethereum? appeared first on The Malaysian Update.


