Tular enam lelaki buat pengakuan terbuka dakwa keluar Islam 'versi Jakim'

LocalPolitics
7 Nov 2026 • 9:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tular enam lelaki buat pengakuan terbuka dakwa keluar Islam 'versi Jakim'
Rakaman video memaparkan enam lelaki membuat pengakuan terbuka keluar daripada agama Islam yang didakwa sebagai Islam versi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tular di media sosial sejak Jumaat.
Image from: Tular enam lelaki buat pengakuan terbuka dakwa keluar Islam 'versi Jakim'
Dalam rakaman tersebut, mereka turut memberikan alasan bahawa Islam sebenar berlandaskan ketaatan kepada ALLAH SWT, Nabi Muhammad SAW serta wasiat baginda.

SHAH ALAM – Rakaman video memaparkan enam lelaki membuat pengakuan terbuka keluar daripada agama Islam yang didakwa sebagai Islam versi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tular di media sosial sejak Jumaat.

Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna di platform Threads itu, kesemua individu terbabit memperkenalkan diri sebagai rakyat Malaysia, termasuk dari Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur sebelum membuat pengakuan secara berasingan.

Lebih mengejutkan, terdapat individu yang melafazkan dua kalimah syahadah sebelum mengisytiharkan dirinya keluar daripada Islam yang dikaitkan dengan Jakim.

Mereka turut mendakwa kini mengikuti ajaran yang dianggap sebagai Islam sebenar, iaitu agama Ahmadi keamanan dan cahaya.

Dalam rakaman tersebut, mereka turut memberikan alasan bahawa Islam sebenar berlandaskan ketaatan kepada ALLAH SWT, Nabi Muhammad SAW serta wasiat baginda.

**media[3702939]**

Perkongsian video berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang mempersoalkan tindakan kumpulan terbabit serta menggesa Jakim dan ahli keluarga mereka mengambil perhatian terhadap perkara itu.

Ada pengguna turut mendakwa kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light (TAROPAL), yang dipercayai diikuti sebahagian rakyat Malaysia yang menetap di luar negara..

Bagaimanapun, setakat ini identiti penuh keenam-enam lelaki berkenaan serta dakwaan mengenai penglibatan mereka dengan ajaran terbabit belum dapat disahkan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved