Ibu Aliff Daniel Turut Lafaz Taubat, Akui Gagal Didik Anak Hingga Terpesong Akidah

LocalFamily & Parenting
5 Nov 2026 • 4:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

aliff daniel ibu taubat ft

Ibu kepada Alif Daniel iaitu pemuda yang tular melakukan ritual agama lain mengakui kelemahan dirinya dalam mendidik dan membimbing anak sehingga terjebak dengan amalan bercanggah akidah Islam turut hadir melafazkan pengisytiharan taubat secara terbuka pada hari ini.

Rohizayanti Ramli, 52, dalam nada sebak mengakui segala kekurangan dan kecuaiannya sebagai seorang ibu sehingga anak kandungnya itu terpengaruh dengan fahaman serta doktrin yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Menurutnya, pengisytiharan taubat itu dilakukan atas kerelaan dan kesedaran sendiri tanpa sebarang tekanan, paksaan mahupun ancaman daripada mana-mana pihak.

Ketika membaca lafaz pengisytiharan tersebut, Rohizayanti turut mengakui kegagalannya berpunca daripada kekurangan ilmu agama, terlalu leka dengan urusan duniawi serta kelemahan dalam memantau pergaulan dan persekitaran anak-anak.

Artikel berkaitan: Lakukan Perbuatan Syirik Di Batu Caves, Aliff Daniel Adli Diarah Masuk Pusat Pemurnian Akidah

Artikel berkaitan: ‘Istitabah’ Jadi Perhatian Susulan Kes Aliff Daniel, Ini Maksud & Tujuan Proses Tersebut

Screenshot 2026 11 05 160901

Dalam pada itu, Rohizayanti berazam untuk kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah selain bertekad membersihkan diri dan keluarganya daripada sebarang amalan atau ritual yang menyeleweng.

Dia turut berikrar untuk mempertingkatkan ilmu agama dengan menghadiri kelas pengajian yang sahih dan bertauliah bagi memperbaiki diri serta membimbing keluarganya.

Katanya lagi, dia bertekad untuk membawa anaknya kembali ke pangkal jalan menerusi pendekatan rohani, kasih sayang serta kerjasama dengan pihak berkuasa agama.

“Saya memohon agar pihak berkuasa agama, ahli keluarga dan masyarakat dapat membimbing, memantau dan membantu saya dalam proses pencerahan dan pemulihan ini.

“Semoga ALLAH menerima taubat nasuha saya, mengampuni segala kekeliruan saya sebagai seorang ibu serta membuka pintu hidayah luas buat anak saya,” katanya.

Selain Rohizayanti, majlis pengisytiharan dan ikrar taubat itu turut melibatkan Aliff Daniel serta anak perempuannya, Nur Ranea Ezreen Adli, 19.

Ketiga-tiga mereka melafazkan ikrar taubat secara terbuka di hadapan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir serta beberapa wakil Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sumber: Facebook, Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved