Tular foto bersama, Emma Maembong dan DJ Kidd kembali bercinta?

EntertainmentLifestyle
3 Jun 2026 • 10:36 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular Emma Maembong kembali menjadi perhatian apabila tular satu foto mesra memperlihatkan dirinya bersama bekas kekasih iaitu DJ Kidd.

Kembali bercinta?

Image from: Tular foto bersama, Emma Maembong dan DJ Kidd kembali bercinta?

Menerusi perkongsian di Threads, rakan mereka yang dikenali sebagai Engku Sulwani, memuat naik sekeping gambar memaparkan Emma dan DJ Kidd mengenakan pakaian berwarna putih, sekali gus mencuri perhatian pengguna media sosial.

Hantaran tersebut turut disertakan kapsyen ringkas yang mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengenai hubungan pasangan itu.

Image from: Tular foto bersama, Emma Maembong dan DJ Kidd kembali bercinta?

“Love birds,” tulis Engku Salwani.

Bukan itu sahaja, DJ Kidd turut dilihat meninggalkan komen berbentuk emoji hati pada ruangan komen namun hingga setakat ini, kedua-dua pihak belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung spekulasi itu

Terdahulu, Emma meluahkan rasa terkilan terhadap bekas kekasihnya, DJ Kidd, apabila membuat pengumuman mendedahkan secara terbuka mengenai hubungan mereka yang telah berakhir.

Namun begitu, Emma, memilih untuk menerima dengan hati terbuka walaupun kurang selesa berkongsi hal peribadi kepada umum dan menjelaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik biarpun sudah berpisah.

Sumber: Threads engkusulwani