Tular Gambar PM & MB Johor Tunjuk Eskalator & Autogate ‘Rosak’ Di CIQ JB

14 Jun 2022 • 10:31 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah sempadan negara kini dibuka, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Sultan Iskandar (CIQ), Johor Bahru boleh dikatakan antara sempadan yang tersibuk di negara.

Walau bagaimanapun, sejak dua menjak ini, pelbagai aduan kedengaran mengenai masalah eskalator dan autogate di kompleks ini yang katanya rosak dan menimbulkan masalah kepada pengguna.

 

PM & MB Johor tunjuk guna jari masalah fasiliti rosak

Masalah ini kemudian mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah membuat lawatan mengejut di CIQ JB semalam bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menurut Bernama, PM katanya mahu masalah eskalator dan autogate yang rosak untuk pemegang pasport Malaysia di CIQ tersebut diselesaikan dengan segera.

image is not available

Menurut Ismail Sabri, masalah seperti itu patut diselesaikan dengan segera demi kemudahan Keluarga Malaysia dan juga pengembara luar negara kerana ia adalah satu pintu masuk utama negara.

Kompleks ini sudah kembali pulih selepas sempadan negara dibuka semula sepenuhnya.

“Saya mendapati kemudahan-kemudahan termasuk pengangkutan awam dalam keadaan baik kecuali kerosakan eskalator dan ‘autogate’ untuk pemegang pasport Malaysia,” katanya.

Membuat tinjauan mengejut ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar

Membuat tinjauan mengejut ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bharu pagi ini bersama-sama YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.Kompleks ini sudah kembali pulih selepas sempadan negara dibuka semula sepenuhnya.Saya mendapati kemudahan-kemudahan termasuk pengangkutan awam dalam keadaan baik kecuali kerosakan eskalator dan ‘autogate’ untuk pemegang pasport Malaysia.Kekurangan ini perlu diselesaikan segera untuk kemudahan Keluarga Malaysia dan pengembara dari luar kerana ia merupakan salah satu pintu masuk utama negara.

Posted by Ismail Sabri Yaakob on Sunday, June 12, 2022

 

“Adalah baiknya jika YAB PM dapat melawat semua LRT/MRT station”

Menghargai usaha PM yang cakna dengan masalah yang dihadapi rakyat setiap hari, ada juga di kalangan netizen minta PM melawat ke stesen-stesen MRT serta LRT yang mempunyai masalah yang serupa.

Malah ada juga mengatakan perkara seperti ini tak sepatutnya berlaku dan ia seharusnya diselesaikan tanpa perlu PM atau MB turun padang untuk menegur.

image is not available

Harap pihak yang berwajib take notelah akan masalah kerosakan fasiliti di kemudahan-kemudahan awam dalam negara ini. Tak perlulah sampai PM turun baru nak betulkan…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.