Tular Geng Wanita Naik Myvi Kejar Proton Persona Didakwa Langgar Lari Teksi Bawa Penumpang Di Johor Bahru [Video]

LocalCars
19 Oct 2026 • 1:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kemalangan langgar lari bukan satu kes yang baharu berlaku di negara ini, malah mereka yang terbabit ini bertindak sedemikian kerana tidak mahu bertanggungjawab atas perkara yang berlaku.

Oleh itu sebagai pengguna jalan raya adalah penting untuk orang ramai turut beri kerjasama dalam membanteras hal seperti ini daripada terus berlaku dengan memberikan bukti seperti rakaman dashcam kepada pihak berkuasa dan sebagainya.

Perodua Myvi bertindak berani kejar Proton Persona didakwa cuba lari selepas langgar teksi

Terbaharu tular satu video memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki sekumpulan wanita bertindak mengejar sebuah Proton Persona yang didakwa cuba lari selepas melanggar sebuah teksi yang dipercayai berlaku di sekitar kawasan Tebrau, Johor Bahru.

Menerusi video POV yang dikongsikan oleh Shzehann di Threads, kelihatan sebuah teksi sedang mengejar kereta Proton Persona berwarna ungu gelap.

Kelihatan bumper pada teksi berkenaan terkopak dipercayai kerana dilanggar oleh Proton Persona berkenaan.

Kereta Perodua Myvi putih kemudiannya cuba membantu pemandu teksi berkenaan dengan mengejar Proton Persona untuk bertanggungjawab atas insiden yang berlaku.

Pemandu Persona pandu kenderaan secara berbahaya ketika nak larikan diri

Turut kelihatan Proton Persona itu membawa kenderaan secara melulu dan memotong kenderaan lain di jalan tersebut secara berbahaya.

Tidak berputus asa, Myvi yang dipandu oleh Shzehann turut membunyikan hon yang panjang kepada kereta Persona itu.

Ada pengguna jalan raya lain berhentikan kereta dan menyebabkan Persona terkepung

Namun apa yang menjadi perhatian pengguna jalan raya lain turut membantu mereka dengan mengepung Proton Persona berkenaan di jalan tersebut sehingga menyebabkan dia terpaksa berhenti dan tidak dapat melarikan diri.

Shzehann kemudiannya dilihat berhenti dan keluar dari kereta serta menggesa pemandu Proton Persona untuk turun dari kenderaannya.

Pemandu Myvi beritahu orang awam pemandu Persona langgar lari teksi

Malah turut kedengaran pemandu dan penumpang kereta Myvi yang kesemuanya adalah wanita kemudian memaklumkan kepada orang ramai pemandu Proton Persona itu melanggar teksi dan cuba melarikan diri.

“Saya lah yang pemandu Myvi warna putih. Dia (pemandu Proton Persona) langgar teksi lepas tu dia lari, kad pengenalan tak bawa, lesen tak ada, bukan pemilik kereta.

“Dalam teksi yang kereta Pesona ni langgar ada penumpang perempuan tiga orang. Dah blok kereta dia pun masih nak larikan diri.

“Terima kasih orang Johor Bahru yang alert dan tolong blok orang tak bertanggungjawab macam ni,” dakwanya.

Shzehann turut memaklumkan dia membantu untuk mengejar pemandu Persona berkenaan kerana kasihan dengan pemandu teksi.

View on Threads

Seorang lelaki dilihat memecahkan cermin kereta Persona dan mintanya turun dari kereta

Dalam satu lagi video di kongsikan oleh @nrhlizaaa yang juga penumpang dalam kereta Myvi, kelihatan seorang lelaki memecahkan cermin kereta Persona itu untuk memintanya turun.

Malah pengguna jalan raya lain turut dilihat berang disebabkan pemanduan berbahayanya kepada orang awam.

Menurut Nr.hlizaaa kes membabitkan Proton Persona dan teksi itu bagaimanapun sudah selesai dan mereka sudah membuat laporan polis.

“Sebenarnya kita orang bukan kejar nak suruh berhenti pun. Tapi nak rakam untuk bukti je, kesian pemilik teksi, sekali ada yang blok jadi kita orang berhenti sahaja.

“Bila berhenti tahu dia bukan pemilik kereta. Naya dekat pemilik,” ujarnya.

Dalam satu lagi hantaran oleh penumpang Myvi yang lain memaklumkan laporan dibuat di balai polis Seri Alam.

View on Threads

Nr.hlizaaa turut memaklumkan kepada BuzzKini mereka juga sudah memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) di Seri Alam berhubung insiden yang berlaku.

Katanya tujuan mereka memuat naik hantaran itu ekoran ada yang menularkan kenderaan dinaiki mereka, dan hantaran itu adalah untuk menjelaskan keadaan sebenar.

“Lagi pun sebenarnya tujuan kami rakam bukan untuk kejar atau blok kereta tersebut, tapi sekadar nak jadikan bukti untuk rekod sebab dia melarikan diri selepas melanggar teksi itu dan memandu secara berbahaya.

“Kebetulan ada kereta lain yang membantu blok kereta tersebut. Selepas itu, kami terus beredar tanpa menunggu, jadi kami pun tak thu apa yang berlaku seterusnya,” katanya kepada BuzzKini.

Ramai puji tindakan Myvi dan pengguna jalan raya lain bantu teksi untuk dapatkan pemandu Persona

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pengguna jalan raya lain dan Myvi berkenaan yang cuba membantu teksi berkenaan.

Malah ada yang turut berkongsi keadaan insiden sewaktu Proton Persona terbabit dikepung oleh pengguna jalan raya lain.

Tidak kurang ada yang mengatakan para wanita dalam kereta Myvi itu boleh menjadi anggota polis trafik atas kecekapan pemanduan serta kerjasama.

Ada juga mengatakan ia adalah situasi yang menakutkan namun mereka dilihat seperti wira.

Dalam masa sama ada juga netizen yang menasihati mereka untuk tidak berdiri di hadapan kereta Persona jika insiden sama berlaku lagi kerana bimbang jika pemandu bertindak merempuh mereka.

View on Threads

Berikut adalah komen netizen:

“Ya Allah takutnya situasi ni. Apa-apa pun memang tabik dengan pemilik video ni. Berani!”

Image from: Tular Geng Wanita Naik Myvi Kejar Proton Persona Didakwa Langgar Lari Teksi Bawa Penumpang Di Johor Bahru [Video]

“Silap lah mamat tu ingat boleh lari dari Power Puff Girl””

Image from: Tular Geng Wanita Naik Myvi Kejar Proton Persona Didakwa Langgar Lari Teksi Bawa Penumpang Di Johor Bahru [Video]

“Lepas ni kalau kes macam ni, jangan beridir di hadapan kereta kalau tak sia-sia kena lenyek nanti”

Image from: Tular Geng Wanita Naik Myvi Kejar Proton Persona Didakwa Langgar Lari Teksi Bawa Penumpang Di Johor Bahru [Video]

“Sumpah gila-gila lah akak ni, respect. Memang kejar sampai dapat. Salute ah. Suara akak tu rock mesti sakit tekak jerit-jerit”

Image from: Tular Geng Wanita Naik Myvi Kejar Proton Persona Didakwa Langgar Lari Teksi Bawa Penumpang Di Johor Bahru [Video]

“Sister korang memang pendekar”

Image from: Tular Geng Wanita Naik Myvi Kejar Proton Persona Didakwa Langgar Lari Teksi Bawa Penumpang Di Johor Bahru [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved