
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Tahun ini sahaja, banyak isu yang timbul melibatkan bendera kebanggaan negara, Jalur Gemilang.
Antara yang paling hangat diperkatakan adalah rekaan bendera Malaysia yang tidak sama seperti keadaan asal serta pemasangannya dalam keadaan terbalik.
Walaupun telah pelbagai kempen atau nasihat yang diberikan, namun ada segelintir pihak yang dilihat masih melakukan kesalahan yang sama.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Klinik Gigi Pasang Jalur Gemilang Terbalik, Polis Buat Siasatan
Baca Artikel Berkaitan: Video Jalur Gemilang Dinaikkan Terbalik Semasa Raptai Hari Kebangsaan Cetus Pelbagai Reaksi
Jalur Gemilang Dipasang Secara Terbalik Pada Bumbung Kereta
Baru-baru ini, tular di media sosial pemasangan bendera secara terbalik pada sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV), Toyota Avanza yang diparkir di sebuah premis yang terletak di Pekan Nanas, Pontian, Johor.
Menerusi video yang tular, seorang lelaki yang dipercayai pemandu lori telah membuat pusingan semula sambil kedengaran suaranya berkata, “kami pusing balik sebab nampak benda (perkara) yang agak menyakitkan hati.”
Dia kemudiannya menghampiri MPV berkenaan sebelum bertanya dan menegur kepada seseorang yang dipercayai pemilik kenderaan itu mengapa bendera itu dipasang sedemikian.
Apa yang menjadi perhatian adalah lelaki terbabit kemudiannya turut dilihat berang sebelum bertindak mencabut bendera Malaysia yang terdapat pada bumbung kenderaan terbabit.
Tindakannya itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial hingga ramai yang mempersoal tindakan pemilik kenderaan itu yang memasang bendera secara terbalik.
Polis Jalankan Siasatan Jalur Gemilang Terbalik
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib, pihaknya mengesan hantaran berhubung kejadian berkenaan yang berlaku di hadapan sebuah kedai perabot yang terletak di Jalan Besar, Pekan Nanas.
“Hasil siasatan di lokasi mendapati bendera tersebut telah diturunkan semasa pemeriksaan dijalankan.
“Pemandu seorang lelaki berusia 44 tahun bersama kenderaan turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian bagi membantu siasatan,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Jelas Mohamad Shofee, pemilik kenderaan terbabit memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan awal di lokasi kejadian dan tindakan segera telah diambil bagi membetulkan kedudukan Jalur Gemilang.
Pasang Bendera Secara Terbalik Boleh Undang Salah Faham & Sentuh Sensitiviti
Tambahnya lagi, perbuatan memasang Jalur Gemilang secara terbalik boleh mengundang salah faham masyarakat selain menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” terangnya.
Malah, Mohamad Shofee turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan sebarang kenyataan berbaur spekulasi berhubung insiden terbabit sehingga siasatan selesai dijalankan.
“Pihak polis juga mengingatkan semua agensi, premis perniagaan serta individu supaya memastikan pemasangan Jalur Gemilang dilakukan mengikut tatacara dan protokol yang ditetapkan sebagai tanda penghormatan kepada kedaulatan negara,” jelasnya lagi.
Siaran Media Ketua Polis Daerah Pontian Tentang Isu Pemasangan Bendera Malaysia Secara Terbalik Yang Telah Tular Di Media Sosial.
Posted by Polis Daerah Pontian on Sunday 26 October 2025
Baca Artikel Berkaitan: Dikritik Guna Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit, Akhbar Sin Chew Daily Mohon Maaf
Baca Artikel Berkaitan: Isu Bendera Malaysia Terbalik Pada Jersi Lee Zii Jia, Penganalisis Sukan Sifatkan Ia Satu Kesilapan Sangat Berat
Source:



![Gadis Melayu Bantu Beri Taklimat Keselamatan Kepada Pelancong Dalam Bahasa Mandarin Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)
![“Bahayalah Pakcik” – Ramai Bimbang Lihat Warga Emas Bawa Skuter Elektrik Di Lorong Kanan MRR2 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)