Tular kanak-kanak selamba ambil duit tabung masjid depan orang ramai

18 Jul 2026 • 1:46 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Tular kanak-kanak selamba ambil duit tabung masjid depan orang ramai

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang kanak-kanak yang didakwa mengambil wang daripada tabung sebuah masjid mengundang kecaman ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Kejadian dipercayai berlaku di Masjid Selesa Jaya, Skudai, Johor ketika solat Jumaat, semalam.

Menerusi video berdurasi lebih 30 saat yang dimuat naik oleh pengguna media sosial @Carlsyahfiqq, kanak-kanak berpakaian baju Melayu berwarna biru dilihat berdiri di hadapan tabung masjid sebelum memasukkan tangannya melalui bahagian bukaan tabung.

Rakaman itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan didakwa mengambil beberapa keping wang daripada tabung tersebut sebelum memasukkannya ke dalam poket secara terbuka.

Pemilik video memaklumkan bahawa dia segera menegur kanak-kanak terbabit dan mengarahkannya supaya memulangkan semula wang yang diambil ke dalam tabung masjid.

Menurutnya, kejadian itu turut dilaporkan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid untuk tindakan lanjut.

“Dah tegur dan buat laporan kepada ahli jawatankuasa (AJK) masjid. AJK masjid juga sudah menegur semula,” katanya menerusi ruangan komen pada hantaran berkenaan.

Dalam rakaman sama, pemilik video turut dilihat menegur seorang individu dewasa yang didakwa tidak menghalang perbuatan kanak-kanak tersebut walaupun dipercayai menyedari kejadian berkenaan.

Beliau mempersoalkan mengapa individu terbabit tidak bertindak menegur kanak-kanak itu sekiranya benar melihat cubaan mengambil wang daripada tabung masjid.

Perkongsian video tersebut meraih lebih 15,100 tanda suka selain menerima ribuan komen dan perkongsian semula daripada pengguna media sosial.

Tinjauan di ruangan komen mendapati kebanyakan pengguna mengecam tindakan kanak-kanak itu serta mengingatkan orang ramai supaya lebih peka terhadap keadaan sekeliling, terutama di rumah ibadat.

Seorang pengguna, @Nurina, berkata masyarakat perlu berani menegur sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan tanpa mengira latar belakang.

“Syukur rakyat Malaysia lebih ramai yang tegas dan berani tegur depan-depan. Tak kisah bangsa apa kalau buat salah kena tegur,” tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, @Ehsan, berpendapat perbuatan mencuri perlu dibendung sejak kecil agar tidak menjadi satu kebiasaan apabila dewasa.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak masjid atau pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan. Perincian mengenai identiti kanak-kanak serta individu dewasa yang dirakam juga masih belum disahkan secara rasmi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved