Tular kenderaan rosak selepas isi minyak, KPDN siasat stesen di Batu Kawan

LocalCars
4 Oct 2026 • 3:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tular kenderaan rosak selepas isi minyak, KPDN siasat stesen di Batu Kawan
Beberapa pengguna mendakwa kenderaan mereka mengalami masalah termasuk gagal dihidupkan, selepas mengisi minyak di beberapa stesen minyak di sekitar Pulau Pinang. Foto hiasan

GEORGE TOWN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, sedang menyiasat dakwaan beberapa kenderaan mengalami masalah selepas mengisi bahan api di stesen minyak berhampiran Batu Kawan.

Jurucakap KPDN Pulau Pinang berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai dakwaan itu dan menghantar pasukan bagi menjalankan siasatan.

"Pihak KPDN Negeri Pulau Pinang telah mengambil maklum berkenaan dakwaan berlaku masalah pada kenderaan selepas mengisi minyak di stesen minyak, berdekatan Batu Kawan.

"KPDN Pulau Pinang akan menghantar satu pasukan untuk meneliti perkara ini dan akan berkongsi kenyataan media selepas itu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, beberapa hantaran di media sosial tular, apabila pengguna mendakwa kenderaan mereka mengalami masalah termasuk gagal dihidupkan, selepas mengisi minyak di beberapa stesen minyak di sekitar Pulau Pinang.

Hantaran itu turut mendakwa masalah berkenaan disyaki berpunca daripada bahan api bercampur air, namun perkara itu belum disahkan oleh pihak berkuasa. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved