Tular Majlis Hari Jadi Tema Bunian, Usahawan Kelantan Dipanggil JAHEAIK

2 Jun 2026 • 5:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang usahawan wanita atau ‘founder’ telah dipanggil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) hari ini bagi membantu siasatan berhubung penganjuran majlis sambutan hari jadi bertemakan bunian yang tular di media sosial baru-baru ini.

Image from: Tular Majlis Hari Jadi Tema Bunian, Usahawan Kelantan Dipanggil JAHEAIK

Image from: Tular Majlis Hari Jadi Tema Bunian, Usahawan Kelantan Dipanggil JAHEAIK

Menurut laporan Sinar Harian, sumber JAHEAIK memaklumkan, wanita terbabit hadir ke pejabat jabatan itu bersama suaminya dan memberikan keterangan selama kira-kira satu jam.

“Siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2019,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai majlis sambutan hari lahir anak usahawan berkenaan yang mengetengahkan tema bunian sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Image from: Tular Majlis Hari Jadi Tema Bunian, Usahawan Kelantan Dipanggil JAHEAIK

Majlis tersebut turut memaparkan individu yang mengenakan pakaian menyerupai makhluk seperti pocong, mumia, bunian selain pelbagai kostum yang dikaitkan dengan unsur mistik, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Image from: Tular Majlis Hari Jadi Tema Bunian, Usahawan Kelantan Dipanggil JAHEAIK

Terdahulu, media sama melaporkan bahawa Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari jadi bertemakan bunian dan hantu itu sebagai satu bentuk kufur nikmat kerana gagal meletakkan nikmat yang dikurniakan Allah pada tempat yang sewajarnya.

Image from: Tular Majlis Hari Jadi Tema Bunian, Usahawan Kelantan Dipanggil JAHEAIK

Foto arkib: Bernama

Menurut beliau, kelahiran seorang anak merupakan anugerah daripada Allah yang seharusnya disyukuri mengikut tuntutan agama Islam.

“Konsep mensyukuri nikmat ialah meletakkan sesuatu nikmat yang dikurniakan Allah pada tempat yang betul dan selaras dengan syariat,” katanya.

The post Tular Majlis Hari Jadi Tema Bunian, Usahawan Kelantan Dipanggil JAHEAIK appeared first on Borak Daily.