
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Semalam (18 September), tular di media sosial keadaan terkini Masjid Kristal, Terengganu yang dilihat agak kotor dan berada dalam keadaan tidak terurus.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads, dia mendakwa sedih melihat keadaan terkini Masjid Kristal yang menjadi antara destinasi tumpuan pelancong ke negeri itu.
Melalui perkongsian itu juga, pengguna tersebut turut memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan kolam di luar masjid tersebut yang kotor dan berkeladak.
Hantaran itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang sedih melihat keadaan masjid yang pernah diiktiraf sebagai masjid tercantik di dunia.
Bukan itu sahaja, ada yang turut berkongsi pengalaman sama berhadapan dengan situasi sebegitu ketika berkunjung ke Masjid Kristal baru-baru ini.
Baca Artikel Berkaitan: “Kotor & Usang” – Individu Kongsi Keadaan Persekitaran Masjid Kristal Buat Ramai Sedih
Kerja Pembersihan & Pembaikian Sedang Dijalankan Secara Berperingkat
Terbaharu, seorang lagi netizen mendakwa kerja-kerja pembersihan dan pembaikan Masjid Kristal sedang dijalankan secara berperingkat.
Perkara itu dikongsikan oleh pengguna berkenaan menerusi hantaran di Threads @faizhafizi____.
Menersui hantaran tersebut, dia turut berkongsikan dua keping gambar yang menunjukkan kolam air yang sebelum ini kotor telah dibersihkan.
Malah, turut terdapat beberapa orang individu yang sedang melakukan kerja pembersihan di dalam kolam lain.
Difahamkan, kerja-kerja tersebut telah dijalankan pada semalam (18 September). Ini berdasarkan data yang terdapat pada gambar berkenaan.
Data sama menunjukkan foto-foto tersebut diambil sekitar jam 3 dan 6 petang.
“Terima kasih atas keprihatinan semua, kita pakat jaga negeri kita. Alhamdulillah, kerja-kerja pembersihan serta pembaikan di kawasan Masjid Kristal sedang dilaksanakan secara berperingkat,” tulisnya.
Perkara sama turut dikongsikan oleh seorang pengguna dalam kumpulan Facebook Gabungan Anak Terengganu.

Memetik laman media Teganukita di Facebook, pihak Taman Tamadun Islam didakwa akan menyalurkan maklumat terkini berhubung kejadian berkenaan termasuk punca kejadian serta langkah yang akan diambil.
Terima kasih atas keprihatinan semua, kita pakat jaga negeri kita. Alhamdulillah, kerja-kerja pembersihan serta…
Posted by Teganukita on Thursday 18 September 2025
Kerja Pembersihan Dilakukan Secara Berkala, Pengunjung Ramai & Cuaca Hujan Hadkan Kerja Pembersihan
Dakwa pentadbir akaun itu menerusi ruangan komen, berdasarkan info yang diterima, kerja-kerja penyelenggaraan sememangnya dilakukan secara berkala.
Namun, jumlah pengunjung yang terlalu ramai serta keadaan cuaca yang sering hujan menyukarkan kerja-kerja penyelenggaran.
Ia terpaksa dihadkan bagi mengelakkan risiko keselamatan kepada pengunjung.
“Manakala isu sampah pula berpunca daripada sikap segelintir pengunjung yang membuangnya merata-rata, walaupun majoriti pengunjung lain menjaga kebersihan,” tulis mereka.

Pengguna Media Sosial Gembira Lihat Kerja Pembersihan Dijalankan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 17,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa gembira melihat tindakan segera yang diambil untuk membersihkan Masjid Kristal.
Malah, ada yang berpendapat agar kerja-kerja pembersihan tersebut sepatutnya kerap dijalankan bagi memastikan kawasan masjid kekal bersih.
Pada masa yang sama, ada segelintir pengguna media sosial yang menzahirkan rasa tidak puas hati dek kerana tindakan diambil selepas tularnya isu tersebut.
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Terbaik! Walaupun Kes Terpencil Macam Ni Pun Nak Viral, Tetapi Pihak Pengurusan Ambil Tindakan Yang Cepat Sesuatu Yang Terpuji”

“Alhamdulillah, Laju”

“Patut Buat Ikut Jadual, Jangan Tunggu Viral Baru Nak Buat”

“Tak Kisahla Time Cuti Ke Tak, Maintenance Kena Konsisten, Kena Buat Waktu Weekdays”

“Kalau Netizen Tak Viral, Memang Berkeladak Gitula”

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Nasihat Jangan Politikkan Isu Masjid Kristal Bernilai RM22 Juta Tak Boleh Solat Jumaat [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Berlumpur, Malu Dekat Pelancong” – Lelaki Kecewa Taman Monumen Terengganu Tak Terurus [Video]
Source:




