Tular Rakaman Video Sekumpulan Individu Protes Isu Kerakyatan Ragad Taib Raih Perhatian Netizen

26 Jul 2023 • 12:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Protes siap bawa sepanduk di perkarangan Muzium Sarawak

Tular Rakaman Video Sekumpulan Individu Protes Isu Kerakyatan Ragad Taib Raih Perhatian Netizen. Baru-baru ini, sebuah rakaman video telah menjadi tular di media sosial apabila sekumpulan warga bumiputera Sarawak berhimpun menjalankan protes.

Difahamkan kumpulan itu menjalankan protes bagi mempertikaikan status kewarganegaraan isteri kedua Gabenor Sarawak, Ragad Waleed Al-Kurdi.

image is not available
Tular Rakaman Video Sekumpulan Individu Protes Isu Kerakyatan Ragad Taib Raih Perhatian Netizen

Mereka mendakwa beliau telah diberikan ‘keistimewaan’ melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Untuk info, Ragad, seorang wanita dari Syria, telah berkahwin dengan Tun Abdul Taib Mahmud pada tahun 2010, dan dalam masa enam tahun beliau kemudiannya menjadi warganegara Malaysia.

image is not available
Kredit: Facebook

Rakaman video berdurasi satu minit 40 saat yang beredar di media sosial menunjukkan sekumpulan penduduk asal Sarawak yang mempertikaikan keputusan pemberian kerakyatan tersebut.

Berdasarkan rakaman tersebut dilihat mereka masing-masing dilihat siap membawa sepanduk sebagai tanda protes mereka.

Dalam sepanduk tersebut dilihat mereka meminta pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.

image is not available

Susulan itu, kumpulan terbabit juga menggesa agar kewarganegaraan Ragad Waleed Al-Kurdi dibatalkan segera selain mencabarnya untuk memberikan ucapan dalam bahasa Melanau.

Untuk rekod, Abdul Taib diijabkabulkan dengan Ragad pada tahun 2010 selepas Puan Sri Laila Taib meninggal dunia akibat kanser.

Baca lagi artikel menarik: