Tular Rekabentuk ‘Cover’ Album K-Pop Macam Al-Quran, Agensi Tampil Mohon Maaf

Entertainment
26 Sep 2023 • 3:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Industri muzik K-Pop pada masa kini semakin berkembang di dunia berikutan pelbagai kumpulan mula telah ditubuhkan. Namun begitu disebalik populariti K-Pop ini, ada beberapa isu kontroversi yang menyentuh sensitiviti agama.

Sebelum ini pernah tular isu salah seorang ahli kumpulan K-Pop terkenal telah berkongsi lagu yang dikaitkan dengan islamofobia iaitu ‘Bad Religion’ yang didendangkan oleh penyanyi Amerika.

Tidak lama kemudian, timbul lagi satu isu apabila satu rekabentuk album kumpulan K-Pop telah viral di media sosial dan mendapat kecaman netizen. Album daripada kumpulan KINGDOM ini dikatakan mirip rekabentuk kulit Al-Quran.

Pada 19 September yang lalu, kumpulan popular ini telah mengumumkan kepada peminat album mereka yang seterusnya adalah History of Kingdom: Part VII. JAHAN.

Walau bagaimanapun, peminat kumpulan itu terkejut dengan design album yang boleh dikatakan hampir sama dengan kitab suci Al-Quran. Hanya simbol KINGDOM di tengah album sahaja yang membezakan antara Al-Quran dan album itu.

image is not available

Rata-rata peminat mereka yang beragama Islam tersinggung dengan isu ini kerana hal yang berkaitan dengan agama tidak patut dikaitkan lebih-lebih lagi jika ianya boleh menimbulkan kekeliruan.

Disebabkan hal ini, ada peminat yang telah menghubungi agensi kumpulan tersebut supaya mereka segera menukar reka bentuk album tersebut.

Terbaru pada 21 September, agensi pengurusan kumpulan KINGDOM ini telah pun memuat naik satu keterangan mengenai maklum balas orang ramai berkenaan kulit album ke-7 KINGDOM yang mempunyai persamaan dengan kitab suci Islam.

Mereka memohon maaf dan kesal dengan kontroversi yang timbul kerana kurang kesedaran dan pengawasan daripada pihak mereka ketika menerbitkan album ini. Oleh itu, mereka telah membuat keputusan untuk menarik balik 70,000 salinan album sebelum ini dan terbitkan semula salinan yang baru.

Pre-order album ini akan dibuka pada 11 pagi, 26 September dan keluaran rasmi akan diteruskan pada 18 Oktober 2023 seperti dijadualkan. Mereka juga akan memastikan perkara yang sama tidak akan terjadi pada masa akan datang.

Sumber: allkpop

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.