Tular Uncle Tekun Bekerja Di Stesen Minyak Buat Ramai Sebak, Rupanya Dah Bersara Tapi Mahu Kekal Aktif [Video]

1 Aug 2025 • 4:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu dewasa atau warga emas yang sudah mencapai usia untuk berpencen pasti akan berasa buntu dan tak tahu apa aktiviti patut dilakukan.

Yelah selama berpuluh tahun rutin berkerja apabila pencen ada yang mati kutu dan mencari aktiviti lain untuk dilakukan.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila ada yang melakukan aktiviti bersukan, berkebun, memulakan perniagaan kecil dan sebagainya untuk memenuhkan aktiviti harian mereka.

Bahkan ada juga yang mencari pekerjaan yang mampu dilakukan sebagai aktiviti sambilan.

Wanita terharu lihat pakcik bersungguh-sungguh bekerja

Baru-baru ini, seorang wanita berasa terharu apabila melihat seorang lelaki warga emas yang bekerja di sebuah stesen minyak begitu tekun bekerja.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Nat di TikTok, awalnya kelihatan warga emas itu mengelap cermin keretanya sewaktu Nat sedang mengisi minyak.

Malah apa yang menjadi perhatian, kelihatan warga emas itu begitu teliti dengan kerjanya dan mengeringkan alat penarik (wiper) air pada kain selepas menariknya.

Perkara sama turut dilakukan oleh uncle berkenaan di cermin pintu bahagian hadapan.

Berharap pakcik tersebut sentiasa dilindungi Tuhan

Kesungguhannya bekerja secara tidak langsung membuatkan Nat berasa terharu serta berharap agar uncle itu sentiasa dilindungi dalam apa jua keadaan.

“Dia membersihkan kereta saya, sewaktu saya mengisi minyak. Seorang warga emas yang sungguh baik,” katanya dalam video berkenaan.

Menurut Nat, perkara itu berlaku pada lewat malam dan tindakan warga emas tersebut secara tidak langsung menyejukkan hatinya.

@nat_czm

sweetest grandpa… plus it was late at night so this gesture really warmed my heart 🥺 #fyp #sg

♬ where is my mind (piano version) – your movie soundtrack

Ramai terharu lihat pakcik kerja bersungguh-sungguh dan puji beri contoh baik

Melihat di ruangan komen seorang lelaki, Wei Jie yang dipercayai merupakan anak kepada warga emas itu memaklumkan bapanya bekerja kerana ingin menyibukkan diri.

“Dia bapa saya, dia sudah berusia 66 tahun. Dia sudah bersara tetapi ingin menyibukkan diri jadi dia mengambil kerja ini. Jumlah wang persaraannya sudah cukup dan dia sebenarnya boleh berehat dengan pergi ke kedai kopi namun dia hanya mahu menjadi aktif,” jelas Wei Jie.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan apabila mereka melihat situasi seperti itu, kebiasaannya mereka akan memberikan saguhati seperti wang.

Malah ramai juga yang berpendapat mereka juga akan keluar bekerja apabila sudah berpencen kerana mahu menyibukkan diri.

Ada juga mengatakan warga emas itu memberikan contoh yang terbaik pada semua dan semoga dia sentiasa dilindungi Tuhan.

“Seorang bapa yang baik kerana memberikan contoh yang baik kepada orang ramai”

image is not available

“Contoh yang baik, pakcik bekerja keras”

image is not available

“Seperti ayah saya, dia sudah berpencen tetapi dia tidak boleh duduk diam dengan tak melakukan apa-apa. Jadi dia ambil keputusan untuk berkebun setiap hari tanpa henti kecuali waktu hujan.”

image is not available