Kenapa Keyboard Warrior Hanya Berani Di Media Sosial Sahaja? Ini Penjelasan Pakar [Video]

OpinionLifestyle
25 Jul 2025 • 5:37 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bercakap tentang dunia moden, pasti ramai di kalangan masyarakat yang sudah pun terdedah dengan gajet serta penggunaan media sosial dalam rutin harian mereka. Ini termasuk selepas bangun sahaja dari tidur hingga ke lewat malam.

Jika difikirkan dari aspek positifnya, platform digital tersebut membantu individu peka dengan perkembangan serta berita terkini, memberi pendedahan secara meluas tentang sesuatu topik, berkenalan dengan orang baharu dari industri kerjaya yang sama dan banyak lagi.

Bagaimanapun, masih ramai juga yang menyalahgunakan media sosial dan bertindak melulu sehinggakan berkata-kata kasar kepada orang lain.

Kenapa Segelintir Individu Kerap Berkata Kesat Di Media Sosial?

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang pakar kesihatan mental dikenali sebagai Pakar Kesihatan Mental, Amirul Ramli (@amirul.ramli) yang juga Pengasas Mental Kuat Centre berkongsi tentang trend membimbangkan di media sosial.

Jelas beliau, ramai di kalangan warganet kini tidak lagi menapis ayat-ayat atau hantaran dimuat naik sebagai contoh melakukan perkongsian sambil melontarkan kata kesat sekaligus mengguris hati sesiapa yang terkesan.

image is not available
Sumber: Pexels

Perkata tersebut disifatkan sebagai kejam kerana ayat-ayat yang begitu kasar. Dalam konteks di media sosial pula, kadangkala netizen menyebutnya kepada orang yang mereka tidak kenali.

“Kenapa kejam sangat eh? Cakap lepas tak berlapik, over, guna kata-kata kesat, perli, menghina. Cuba anda tengok mesti ada punya,” kata beliau.

Individu Tak Perlu Hadap Impak Secara Langsung Jika Berkata Kasar Di Alam Maya

Menurut Amirul, punca pertama masalah ini berlaku kerana dunia digital yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat. Sesetengah individu berani melakukan perkara negatif itu kerana tiada perjumpaan secara bersemuka dengan orang lain yang dimaki.

“Eye contact tak ada. Bahasa tubuh badan, riak wajah ni tak nampak. Jadi individu akan rasa lagi terdorong untuk lepaskan apa sahaja dalam fikiran mereka. Real time consequences (impak masa nyata) tu tak ada,” jelas pakar terbabit.

image is not available
Sumber: NUS

Individu Akan Tapis Ayat Apabila Bercakap Secara Bersemuka

Situasi tersebut sama sekali berbeza dengan dunia sebenar yang mana besar kemungkinan individu tersebut tidak akan bercakap sebegitu. Hal ini kerana mereka tahu setiap kata-kata mempunyai akibatnya jika tersilap cakap.

Dalam sesetengah kes, ada yang sampai bergaduh secara fizikal hanya kerana salah faham di platform media sosial.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Bukan itu sahaja, dalam dunia realiti setiap orang akan lebih terdorong untuk menapis dahulu segala yang ingin dibicarakan atau dalam erti kata mudah ayat positif sahaja yang keluar daripada mulut.

“Tapi dalam dunia digital, empati jatuh menurun. Fikiran ni lebih impulsif, cakap main lepas je,” kata beliau di akhir perkongsian.

Tonton video penuh [DI SINI].

Jangan Lepaskan Geram Kepada Orang Lain

Memetik Hello Doktor, meluahkan perasaan atau perkara yang dipendam di dalam fikiran adalah antara langkah-langkah bagi mengatasi masalah stres dialami seseorang.

Namun begitu, ia tidak boleh dijadikan tiket untuk berkata kasar di platform media sosial hanya kerana anda bersembunyi di sebalik gajet. Perlu diingatkan bahawa setiap perkara yang dikatakan mampu memberi impak kepada orang lain.

image is not available
Sumber: Freepik

Jika anda menulis dengan intonasi yang kasar sebagai contoh mencarut atau maki orang sesuka hati, ia boleh menyebabkan pembaca pula berasa stres hingga menyebabkan hubungan atas talian semakin renggang.

Dalam masa sama jika perbuatan berkata kesat tanpa ditapis ini semakin berleluasa, slogan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ di kalangan rakyat Malaysia akan semakin pudar dan dilupakan.

Source: